Header Ads

(VIDEO) Pasangan Suami Isteri Ini Sanggup Mengambil Empat Beradik Ini Sebagai Anak Angkat Mereka Dan Reaksi Keluarga Mereka Ternyata Sangat Menyentuh Hati..



Tammy dan Drew Waltz dari Charlotte, Utara Carolina sememangnya sudah merancang untuk mengambil anak angkat pada suatu hari namun belum bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut.


Namun akhirnya, sifat keibubapaan mereka mula timbul setelah mengikuti satu program dikenali sebagai Open Hearts and Homes for Children.


Program ini dilaksanakan bagi membolehkan anda untuk membawa anak-anak yatim pergi bercuti dan berseronok.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and outdoor

Pada mulanya, pasangan ini hanya terdetik untuk mengambil seorang kanak-kanak lelaki sebagai anak angkat mereka namun setelah mengetahui bahawa kanak-kanak lelaki tersebut mempunyai tiga orang adik beradik lagi, mereka tidak tergamak untuk memisahkan adik-beradik ini.

Oleh itu, Tammy dan Drew mengambil keputusan untuk menjadikan keempat-empat adik-beradik ini sebagai anak mereka.


Walaupun kesemua anak angkat mereka tidak tahu berbahasa Inggeris, Tammy dan Drew tidak menjadikan isu perbezaan bahasa sebagai penghalang kepada ikatan hubungan mereka. Mereka akan menggunakan aplikasi secara atas talian di samping berkomunikasi dengan bahasa isyarat.


Akan tetapi, mereka belum memberitahu sesiapa di dalam keluarga mereka mengenai berita menggembirakan ini. Hal ini kerana mereka ingin menjadikan detik tersebut sebagai detik terindah dalam hidup.


Justeru, mereka mengambil keputusan untuk merakamkan sendiri reaksi spontan semua ahli keluarga dan rakan rapat mengenai perkara tersebut di dalam sebuah video.

Mereka telah berjumpa dengan semua kenalan sama ada rakan rapat, ahli keluarga, saudara-mara terdekat untuk mengumumkan mengenai berita baik ini. Reaksi yang diberikan sangat menyentuh hati dan mereka telah gabungkan kesemua reaksi tersebut di dalam video di bawah.


Misalnya lelaki ini sangat terkejut setelah mendengar bahawa Tammy dan Drew akan mengambil kesemua kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat. Reaksi yang sangat spontan sehingga dia tertampar kamera yang dipegang oleh Tammy.


Nenek ini pula sangat gembira apabila mengetahui bahawa dia bakal menjadi moyang kepada empat orang cicit angkat! Nampaknya dia begitu terharu dengan berita tersebut sehingga mengalirkan air mata.



“Apa? Kamu akan mengambil mereka sebagai anak angkat? Biar betul! Kesemua empat orang? Wah, saya rasa saya akan menangis”.


Lihatlah reaksi yang pelbagai ini. Ada yang bersorak, ada yang ternganga malahan ramai juga yang bergembira. Siapa sangka kanak-kanak ini begitu bertuah


Lelaki ini pula diminta untuk mengucapkan “Tahniah kerana berjaya mengambil empat orang anak angkat”. Setelah mengucapkan ayat tersebut, dia menjadi agak keliru sebelum memahami keadaan yang sebenar dan bersorak kegembiraan untuk Tammy dan Drew.


Rata-ratanya memberikan pelbagai reaksi yang positif dan mengharukan. Ada yang ketawa keriangan, ada juga yang terkedu sehingga tidak mampu berkata-kata dan ada juga yang melompat kegembiraan.


Yang pasti, semua sangat terkejut dengan berita tersebut dan bergembira dengannya.

These family members were really excited when they learned their family would be increasing by four in the next few months

Video ini pasti akan membuatkan keempat-empat anak angkat mereka berasa sangat bertuah kerana disayangi oleh ramai orang.

VIDEO:




Sumber: Inspire More (Tammy Shay Waltz)

No comments

Powered by Blogger.