Header Ads

(VIDEO) Dua Bapa Sanggup Bertumbuk Gara-Gara Tidak Puas Hati Anak-Anak Mereka Berebut Mainan..


SHENZEN, CHINA - Ibu bapa sepatutnya menunjukkan contoh yang baik terhadap anak-anak, tetapi dua lelaki bergelar bapa ini memilih untuk bergaduh hanya kerana anak-anak mereka berebut mainan. 


Insiden yang berlaku di sebuah pusat permainan kanak-kanak di pusat beli belah di Shenzen, tindakan seorang kanak-kanak yang mengambil mainan dari kanak-kanak yang lain, mencetuskan rasa tidak puas hati ibu bapa yang akhirnya menyebabkan seorang lelaki tersungkur di lantai dan beberapa kanak-kanak yang menyaksi kejadian itu berada dalam keadaan trauma. 


Pada awal kejadian itu, salah seorang lelaki cuba meredakan pergaduhan itu, malangnya gagal berbuat demikian apabila ibu bapa yang lain juga turut masuk campur dengan membaling blok kayu pada lelaki berbaju merah jambu, sebelum lehernya dipaut oleh lawannya. 

Tidak beberapa lama kemudian, beberapa lelaki turut bersama membantu menahan lelaki berbaju merah jambu terbabit dan insiden itu berakhir dengan dirinya tersungkur di lantai akibat cedera dibelasah sekumpulan lelaki berkenaan. 


Sementara itu, dua wanita dipercayai ibu kepada anak-anak yang terlibat dalam kejadian itu juga turut bergaduh dengan menarik rambut masing-masing.

He got knocked down and lied on the floor after being cornered by four other men

Pergaduhan mereka berdua berakhir apabila lelaki berbaju hitam datang dan menumbuk wanita berkenaan lalu tersungkur ke lantai. Difahamkan polis sedang menyiasat kes itu dan mengenal pasti punca sebenar kejadian.

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.