Header Ads

(VIDEO) Awas! Dadah Flakka Kini Dibuat Dalam Bentuk 'Gula-Gula Jeli' Mula Sasarkan Kanak-Kanak..


MIAMI, AMERIKA SYARIKAT - Ia nampak seperti gula-gula jeli (gummy), tetapi sebenarnya adalah dadah yang dibuat menyerupai gula-gula bagi mengelakkan dari dikesan oleh pihak berkuasa.


Dengan bentuk yang menyerupai gula-gula itu tetapi kandungan sebenar adalah dadah berbahaya, pengedar dadah dilihat sudah mula menyasarkan golongan kanak-kanak di daerah ini.


Pakar jenayah, Stephen Snipes, berkata, bahan kimia yang berbahaya itu sedang dijual secara berleluasa di luar dalam bentuk gula-gula jeli dan meminta semua ibu bapa berwaspada dan memantau apa yang dimakan oleh anak-anak mereka.


Dalam satu serbuan pihak narkotik menemui beberapa bungkusan lutsinar kedap udara yang mengandungi bahan berukuran 1 inci yang menyerupai gula-gula. Namun selepas disiasat, bahan itu adalah dadah sintetik menyerupai dadah flakka.

Dadah jenis ini boleh ditelan, dihisap atau disuntik dalam badan yang kemudian menyebabkan penagihnya berhalusinasi dan mengalami gangguan mental.


"Terdapat banyak masalah perubatan kesan dari pengambilan dadah berbahaya ini," kata Stephen.

Dalam kes ini, dektektif narkotik berkata, dadah itu kelihatan sama seperti gula-gula jeli bersalut dengan gula membuatkan orang ramai tidak sedar dengan perbezaannya dengan gula-gula jeli yang sebenar.




Difahamkan, itu adalah kes pertama yang dikesan berlaku di daerah itu. Tetapi Flakka telah menjadi masalah yang semakin meningkat di Selatan Florida.

Sukar untuk mengenal pasti dadah yang menyerupai gula-gula jeli itu, namun ibu bapa dinasihatkan memantau anak masing-masing dan sekiranya terdapat sebarang perubahan yang pelik berlaku pada mereka, dapatkan bantuan segera dari pihak hospital.


Dadah Flakka ini merangsang bahagian otak yang mengatur mood, hormon dopamin dan serotonin agar pengguna dadah itu merasa lebih kuat, tidak takut, hilang rasa malu dan menjadi gila. 

Penagih yang ketagihan Flakka akan mengalami euforia yang berlebihan, denyutan jantung lebih cepat, kenaikan tekanan darah dan kelakuan berhati-hati yang terlalu berlebihan. Lebih membimbangkan, dadah ini juga boleh menyebabkan kerosakkan otak.

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.