Header Ads

'Usus Bahagian Kiri Perut Anak Terkeluar'- Ibu Ini Kongsikan Pengalaman Untuk Dijadikan Pengajaran Kepada Ibu Bapa Lain Supaya Mementingkan Pemakaian ‘Car Seat’ Anak Dengan Cara Yang Betul..


Samantha Martin, 6 tahun, hampir sahaja terputus dua akibat pemakaian tali pinggang yang salah.

Menurut ibunya, Shelly Martin, mereka baru pulang dari sebuah pesta dan Shelly merasakan yang anak perempuannya itu telah cukup besar untuk tidak memakai booster seat bersama dengan tali pinggang keledarnya.


Malah, anaknya itu juga tidak mengenakan seat belt pada bahunya – hanya mengenakan tali pada bahagian pinggang semata-mata.


Disebabkan anak kecilnya itu tidak diletakkan di atas booster seat sebelum dipakaikan tali pinggang keledar, tali pada bahagian pinggangnya itu terletak terlalu tinggi, sehingga mencecah abdomennya!

Malang sememangnya tidak berbau. Dalam perjalanan pulang, mereka mengalami kemalangan dan telah melanggar sebatang pokok.Kesan impak yang kuat telah menyebabkan seat belt pada abdomen Samantha menghiris badannya!


Malah, si kecil itu turut mengalami hentakan kuat pada bahagian kepala dan dahinya perlu dijahit.
Kecederaan serius pasti dapat dielakkan jika anaknya duduk di atas booster seat.


Kecederaan Samantha cukup serius, dan seperti yang diceritakan oleh Shelly, “Ususnya terkeluar pada bahagian kiri perutnya!”

“Dia pasti tidak akan mengalami kecederaan serius sebegini jika dia duduk di atas kerusi booster. Jangan fikir hanya kerana anak anda sudah 7 atau 8 tahun, dia sudah cukup besar untuk duduk di kerusi kereta biasa dan mengenakan tali pinggang.”


Kecederaan tersebut telah menyebabkan anaknya mengambil masa sehingga 3 minggu untuk sembuh, di mana 2 minggu pertama, anak kecil ini terpaksa dimasukkan ke dalam unit kecemasan ICU.



Doktor yang merawat Samantha menerangkan kecederaan yang dialaminya sebagai “Sindrom Seat Belt“.


Ia adalah sejenis kecederaan di mana tali pinggang keledar itu sendiri telah menyebabkan kecederaan (walaupun tujuan utamanya adalah untuk melindungi kanak-kanak ketika kemalangan jalan raya).

Kecederaan akibat pemakaian seat belt yang salah sering melanda kanak-kanak, berbanding orang dewasa.-PENMERAHPRESS

No comments

Powered by Blogger.