Header Ads

Universiti Oxford Turunkan Potret Aung San Suu Kyi Susulan Kritikan Terhadap Krisis Rohingya..


London: Universiti Oxford semalam menurunkan potret bekas pelajarnya yang juga pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi susulan kritikan terhadap krisis Rohingya.

Potret yang dipamerkan di pintu utama Kolej St Hugh disimpan di dalam stor dan digantikan dengan lukisan baru yang dihadiahkan oleh artis Jepun, Yoshihiro Takada.

Pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu belajar di kolej berkenaan dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi pada 1967 sebelum menamatkan ijazah sarjana politik pada 1968.


“Kami menerima lukisan baru pada awal bulan ini yang akan dipamerkan di pintu utama bagi satu jangka masa.

“Potret Suu Kyi dialihkan ke satu lokasi selamat,” kata kolej itu dalam satu kenyataan.

Keganasan di Rakhine bermula apabila pejuang Rohingya dituduh menyerang pos kawalan polis pada 25 Ogos lalu.


Operasi tentera selepas itu menyebabkan ramai penduduk Rohingya dibunuh dan hampir setengah juta lagi melarikan diri ke Bangladesh.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan keadaan di Rakhine umpama satu pembersihan etnik.-PENMERAHPRESS

No comments

Powered by Blogger.