Header Ads

Demi Nak Sambut Parti Hari Jadi, Wanita Ini Sanggup Merancang Penculikan Dirinya Sendiri Bagi Mendapatkan Wang Daripada Keluarganya..


Abuja, Nigeria: Seorang wanita ditangkap bersama kekasihnya selepas mereka merancang penculikan dirinya sendiri bagi mendapatkan wang untuk membuat parti sambutan ulang tahunnya.

Tohebat Adebayo, 20, dan kekasihnya, Afolabi Ogunremi, 30, ditangkap di negeri Ogun selepas menuntut wang tebusan sebanyak AS$600 (RM2,541) daripada keluarga wanita itu.

Wanita itu pada mulanya meminta wang daripada keluarganya untuk membuat parti sambutan ulang tahun kelahirannya tetapi tidak dilayan.


Dia kemudian keluar dari rumahnya di pasar Lafenwa di Abeokuta dan tidak pulang selama beberapa hari.

Keluarga Tohebat mencari wanita itu tetapi gagal mengesannya sebelum membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatannya.

Jurucakap polis, Abimbola Oyeyemi berkata, tidak lama selepas itu bapa Tohebat membuat laporan polis apabila seorang lelaki menghubunginya dan mendakwa anaknya diculik.



Lelaki yang tidak dikenali itu juga meminta wang tebusan berjumlah AS$600 sebagai syarat untuk membebaskan wanita itu.

“Selepas membuat siasatan rapi polis menyerbu sebuah rumah tinggal di satu kawasan di bandar Abeokuta dan menemui wanita itu.

“Polis juga menahan pengawal keselamatan di rumah itu yang juga kekasih wanita itu,” katanya.


Ujarnya, selepas disoal siasat pasangan itu mengaku merancang penculikan wanita terbabit bagi mendapatkan wang untuk membuat sambutan ulang tahun kelahirannya.

“Pasangan ini kami tahan untuk siasatan lanjut dan bakal didakwa kerana menipu serta memeras ugut untuk mendapatkan wang,” jelasnya.-PENMERAHPRESS

No comments

Powered by Blogger.