Header Ads

Seorang Anggota Polis Yang Didakwa ‘Bermesra’ Dengan Wanita Berpakaian Seksi Dipercayai GRO Kini Tular Di Media Sosial Telah Ditukar Serta-Merta..

Gambar seorang anggota polis yang didakwa 'bermesra' dengan seorang wanita dipercayai pelacur, kini tular di media sosial.

JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat telah ditukarkan berikutan gambarnya kelihatan 'mesra' dengan seorang wanita berpakaian seksi tular di media sosial lapor mStar.

Ketua polis negeri, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, anggota polis itu telah dikeluarkan dari unitnya dengan serta-merta.


"Bagaimanapun, siasatan sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Gambar yang menunjukkan anggota polis terbabit sedang bercakap dengan wanita itu dipercayai pelacur, tersebar di Facebook.

Difahamkan, dua anggota berkenaan melakukan rondaan cegah jenayah di sekitar bandar Segamat, sebelum didatangi wanita berpakaian seksi dipercayai warga asing.

Pada masa sama, seorang daripada rakan wanita itu merakam gambar berkenaan sebelum menyebarkannya ke laman sosial.

Insiden berkenaan berlaku selepas tujuh anggota polis dirakamkan di sebuah kelab malam di Muar ditukarkan ke bahagian lain, serta-merta.



Terdahulu, sebuah video tular di Facebook didakwa menunjukkan beberapa anggota polis yang dipercayai dari unit D7 dari ibu pejabat polis daerah Muar 'berhibur' di sebuah pusat hiburan.







No comments

Powered by Blogger.