Header Ads

'Sebab Mengapa Pentingnya Menyusu Badan' - Keajaiban Susu Ibu, Bertukar Warna Mengikut Kondisi Kesihatan Bayi..




Susu dari badan ibu memang tidak dinafikan mempunyai banyak khasiat untuk bayi. Malah, para ibu di Malaysia dinasihatkan agar memberi bayi susu badan sehingga anaknya berusia 2 tahun.

Tapi, ada 'sesuatu yang lebih ajaib dari khasiat' yang dikesan oleh seorang ibu di Pennsylvania apabila mendapati air susunya bertukar warna berdasarkan tahap kesihatan bayi itu sendiri.


Ashlee Chase menulis di Facebook dengan niat untuk memberitahu orang ramai mengapa pentingnya menyusu badan dari menyusu botol.

"Kenapa kamu masih memberikan anak 7 bulan minum susu badan, bagi sajalah guna botol. Dia sudah terlalu besar. Kamu perlu letakkan dia diatas katil sendiri (dengan minum susu dari botol)." tulis Chase memulakan posting terbabit.

Bersama posting terbabit, Chase memuat naik gambar ini:

Menurut Chase, gambar di dalam plastik itu adalah susu dari badannya. Susu yang berada di bahagian atas adalah susu ketika anaknya, Elliot berada di dalam keadaan sihat.

Susu dibahagian bawah pula adalah warna susunya ketika anaknya itu sedang demam.



Jadi, ini bermakna susu berubah warna mengikut keadaan kesihatan anak? Wow, sangat magis!

Tapi sudah tentu ada penjelasan disebalik 'magis' ini. Seorang pengguna Facebook menjelaskan bahawa susu bertukar warna (kandungan nutrisi didalamnya) mengikut air liur bayi ketika menyusu badan.

Image may contain: 1 person, baby and closeup

Menurut satu kajian dari Clinical and Translational Immunology pada 2013, apabila bayi sakit, bilangan leukosit dalam susu di payudara melonjak naik.


Seorang ahli biologi dan Professor Madya di Center for Evolution and Medicine di School of Human Evolution & Social Change at Arizona State University, Katie Hinde pernah menjelaskan kepada portal thestranger.com bahawa apabila bayi menghisap puting ibunya, satu vakum (ruang tanpa udara) vakum tercipta.

Dalam vakum itu, air liur bayi akan tersedut masuk ke dalam puting si ibu dimana di mana reseptor di kelenjar susunya akan membaca isyarat di dalam air liur itu.

Image may contain: 2 people, people smiling, baby and closeup

Kata Hinde, dengan keadaan teruja, air liur bayi itu mempunyai maklumat tentang status sistem imun bayi tersebut.

Dan ya, selepas itu badan si ibu akan mengubah isi kandungannya supaya dapat memberi nutrisi yang sesuai mengikut keadaan bayi. Jika reseptor di kalenjar susu mengesan kehadiran patogen (sejenis mikroorganisma yang boleh menyebabkan badan tak sihat), kalenjar itu akan 'menyuruh' badan ibu untuk menghasilkan antibodi bagi melawan patogen tersebut. Dan antibodi itu akan disalurkan masuk ke badan bayi menerusi susu ibu bagi melawan infeksi tersebut.


Ajaib, tapi saintifik! Namun sudah tentu mekanisme pemprosesan susu di badan manusia jauh lebih kompleks dari apa yang ditulis di dalam artikel ini.-PENMERAHPRESS

No comments

Powered by Blogger.