Header Ads

"Saya Hanya Mahukan Pembelaan Terhadap Kematian Suami." Isteri.


RANTAU PANJANG: "Saya hanya mahukan pembelaan terhadap kematian suami," kata Nur Liya Asmira Yahya, 24, isteri Allahyarham Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26.

Suaminya meninggal dunia selepas menjalani latihan fizikal di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Ipoh, kelmarin.

Nur Liya Asmira yang enggan mengulas lanjut kerana masih bersedih dengan kejadian itu mengakui terkilan sebaik mendapat tahu punca sebenar kematian suami tersayang.


Nur Liya Asmira yang ditemui di kediamannya di Kampung Bagus menangis setiap kali orang ramai yang hadir bertanyakan kejadian menimpa suaminya dan hanya memeluk anak bongsunya, Aisyah Humaira yang berusia empat bulan.

Dia turut meminta pihak media memberi ruang kepadanya kerana masih terkejut dengan kejadian menimpa mereka sekeluarga.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Muhammad Lailatulman dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Rantau Panjang, di sini, pada jam 9.30 pagi tadi.


Sementara itu, Pegawai Memerintah KD Lekir, Kapten Mahadzir Mokhtar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hadir sama berjumpa keluarga Allahyarham dan memberi sumbangan wang tunai kepada bapa dan isteri Allahyarham.


Semalam, TLDM menubuhkan satu Lembaga Siasatan bagi meneliti prosedur operasi standard (SOP) susulan dua anggotanya termasuk Laskar Muda Kelas 1, Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal, Jumaat lalu.

Sumber: BHarian

No comments

Powered by Blogger.