Header Ads

Program Realiti TV RBC Mencari Ceo Desa Bakal Bersiaran di TV3


Program Rural Business Challenge (RBC) akan diperluaskan kepada rancangan realiti  yang dinamakan RBC Mencari CEO Desa yang merupakan salah satu program di bawah Pelan Transformasi Kerajaan. Program ini akan disiarkan di TV3 mulai 28 Oktober 2017 dalam 13 episod selama 13 minggu termasuk 1 episod akhir yang akan disiarkan secara langsung.


Tujuan RBC ini dilaksanakan adalah sebagai usaha kerajaan untuk menggalakkan golongan belia khususnya di luar bandar supaya memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan atau sumber pendapatan mereka, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar, seterusnya menjadikan kawasan luar bandar yang menarik setanding dengan bandar untuk didiami terutamanya oleh golongan belia.


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, penerbitan program tersebut dikaca televisyen dapat menarik minat golongan belia untuk menceburi bidang keusahawanan.

"Dengan adanya usahawan luar bandar, ia sekali gus dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, seterusnya dapat menjadikan luar bandar sebagai kawasan yang menarik untuk didiami oleh golongan belia.

"RBC juga merupakan salah satu program di bawah Pelan Transformasi Kerajaan dalam Pembangunan Luar Bandar yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada tahun 2012," katanya semasa sidang media selepas melancarkan program Realiti RBC Mencari CEO Desa di Sri Pentas.



Daripada jumlah itu, seramai 27 orang peserta, iaitu 18 orang telah terpilih untuk kategori pengembangan perniagaan manakala sembilan peserta lagi untuk kategori idea perniagaan.

Peserta akan mendapat bimbingan daripada mentor-mentor berpengalaman dalam bidang perniagaan masing-masing iaitu Rozita Che Wan @ Che Ta, Fizo Omar, Fahrin Ahmad dan Jamaluddin Bahari @ SifuFBads yang akan membimbing peserta dalam bidang pemasaran secara atas talian (online) dan Fatimah Rahmad @ Mak Cun sebagai Ketua Mentor.

Juri terdiri daripada seorang juri jemputan setiap minggu, juri tetap Noor Nabila Mohd Noor @ Nabila dan Ketua Juri Dato' Sri Aliff Syukri Bin Kamarzaman.

Peserta akan melaksanakan tugasan mingguan dengan bimbingan mentor masing-masing seperti Penyedian Kertas Rancangan Perniagaan, Penyediaan Perakaunan Perniagaan, menghadiri kursus pemasaran atas talian dan kursus/aktiviti yang bersesuaian dengan perniagaan masing-masing.

Seterusnya, pemenang hadiah utama bagi kategori pengembangan perniagaan akan menerima hadiah berjumlah RM1 juta. Daripada jumlah tersebut, RM100,000 merupakan hadiah wang tunai dan RM900,000 merupakan geran perniagaan.

Program realiti ini akan disiarkan di TV3 mulai 28 Oktober 2017 dalam 13 episod selama 13 minggu termasuk satu episod akhir yang akan disiarkan secara langsung.

No comments

Powered by Blogger.