Header Ads

''Ni Bukan Radas Dari Ujian Makmal Sekolah, Tapi Tools Untuk ‘Chase’ Hisap Syabu, RM 5 Pun Dah Boleh Dapat'', Ibu Bapa Tolong Cek Beg Sekolah Anak-Anak..



IBU DARI NERAKA.

Pernah digegarkan satu ketika dulu satu video seorang anak kecil dipaksa ibunya menghisap dadah. Ops! Sorry, tak layak kot dipanggil ibu tapi syaitan.

Fikir guna waras akal kita, mana mungkin seorang ibu sanggup merosakkan anaknya. SALAH. Tapi tak salah bagi seorang penagih syabu. Dalam banyak-banyak dadah yangg Kak Nad kenal dalam dunia penagihan ni, syabu dadah paling Gila! 


Ia menukar pemikiran seorang manusia dari yang betul menjadi salah, yang salah menjadi benar. Yang waras kepada gila. Manusia kepada IBLIS NYATA. Lihat kes-kes jenayah pelik yang berlaku sekarang ni. Semuanya hasil dari graduasi syabu.

Ni Kak Nad nak ajar, rupa tools / peralatan yang diguna dalam pengambilan syabu atau nama kampungnya yang popular kat Sarawak ni BATU juga ICE / KACA / KRISTAL. Sekarang ni semakin murah dan semakin mudah didapati. Sebab apa? Sebab ia boleh di proses dibelakang rumah anda sendiri. Asal cukup 9 bahan tu, siap la dia.


Sekarang ni, RM 5 PUN DAH BOLEH DAPAT, budak-budak sekolah pun senang beli dan dapat kat online. Jadinya, sebagai mak bapa. RAJIN-RAJIN LA CEK BEG SEKOLAH ANAK @spotcek bilik anak. 


Kalau ada barang macam ni, tu bukan la radas-radas dari makmal sekolah yang anak curi bawa balik untuk ulangkaji. Tapi ni la tools utk 'chase' isap syabu. Jangan nak jadi naif dan jahil tak bertempat dan sibuk pasal 99 kata-kata Fatah Amin ke dengan Titian Sirat Cinta je memanjang. Tengok sama cita pasal dadah kat Youtube tu banyak sikit.


Jangan nanti bila anak dah agresif dan jadi gila, dah mula merompak membunuh baru sibuk-sibuk nak tunding jari kat peta malaysia nak salahkan tukang lukis peta tu yang sebabkan lukis rapat-rapat sangat golden triangle tu jadikan dadah mudah masuk ke rumah makcik.


Nak bagitau juga, makan batu ni paling cepat nak jadi gila tu dalam 2-3 tahun je. Gila tu kalau jadi ahli syurga takpa juga, tapi gila yang ni menyusahkan anak bini, mak bapa dan seluruh dunia. Yang dah makan batu ni, kalau masih waras, sudah-sudah lah. Walaupun ulat dalam batu pun boleh hidup. Ulat tu tak susahkan orang dan tak tergamak bagi anak dia isap dadah juga.

Sumber : Puan Nadia Hazmi

No comments

Powered by Blogger.