Header Ads

“Mujurlah Anak Tidak Minum Habis ‘Jus Epal’ Itu. Jika Tidak, Pasti Dia Sudah ‘Tiada’ Sekarang.”- Restoran Cuai Salah Letak Label Pada Botol Minuman, Hidang Alkohol Pada Budak 18 Bulan..


Keluarga Smith telah pergi ke sebuah restoran untuk menikmati makan tengah hari selepas menghadiri aktiviti di gereja pada hari Ahad. Namun, suatu kejadian mengejutkan telah berlaku apabila mereka mendapati anak mereka yang berusia 18 bulan itu berkelakuan pelik ketika hendak pulang ke rumah.


Aaliyah kelihatan berjalan terhuyung-hayang lebih daripada kebiasaan ketika mereka sekeluarga hendak beredar dari restoran tersebut selepas selesai makan tengah hari.


Cemas dengan keadaan itu, Alice meminta suaminya Smith untuk merasai minuman jus yang telah dipesan untuk anak mereka, Aaliyah. Berdebar melihat reaksi suaminya itu, Alice juga turut merasai jus tersebut.

Kedua-dua ibu bapa ini lantas menjadi berang selepas mengetahui minuman itulah yang menjadi punca anak mereka berkelakuan pelik. Rupa-rupanya anak mereka telah diberi minum alkohol dan bukannya jus epal seperti yang dipesan pada awalnya.


Pasangan suami isteri ini terus memanggil pengurus yang bertugas pada waktu itu yang dilihat cuba membuang air tersebut.

Selepas memeriksa air tersebut dengan pekerja di bar, ia telah disahkan bahawa air itu sebenarnya adalah alkohol dan bukannya jus. Kecuaian itu berpunca daripada label pada botol minuman yang telah disalah lekat dengan ‘jus epal’ dan bukannya ‘alkohol’.

Pengurus yang kelihatan sangat bimbang dengan kejadian tersebut telah membuat laporan mengenai kecuaian menghidangkan minuman untuk pelanggan dan bertindak membayar makanan keluarga Smith sebagai ganti rugi.

Tanpa berlengah, mereka sekeluarga bergegas membawa Aaliyah berjumpa doktor untuk mengetahui keadaannya.

Mujurlah doktor tidak mendapati apa-apa masalah berlaku ke atas Aaliyah akibat terminum alkohol. Namun menurut doktor tersebut, jika anak sekecil itu terminum alkohol dalam kuantiti yang melebihi had ia pasti membawa maut.


Mengimbau kembali detik yang mencemaskan itu, Alice berkata dia menangis di restoran kerana tidak dapat menahan sedih di atas perkara yang menimpa anaknya itu.

“Sebagai ibu saya berasa sangat sedih. Alkohol adalah sesuatu perkara yang serius. Anda hanya boleh meminumnya jika anda adalah remaja yang berusia 21 tahun.”


“Mujurlah Aaliyah tidak menghabiskan secawan air yang disangka jus epal itu. Jika tidak, pasti dia sudah ‘tiada’ sekarang.” kata Alice selepas mendengar penerangan daripada doktor betapa bahayanya alkohol kepada kanak-kanak.


Kepada ibu bapa di luar sana, berhati-hati ketika membawa keluarga anda makan di luar. Periksa makanan dan minuman anak anda terlebih dahulu supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti ini.

Ikuti temubual Alice yang menceritakan detik-detik yang mencemaskan itu dalam video di bawah:


Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua orang dan tidak terkecuali pihak restoran supaya teliti dalam menghidangkan makanan dan minuman kepada pelanggan.



Sumber: Era Baru

No comments

Powered by Blogger.