Header Ads

"Mama, Saya Penat."- Gadis Meninggal Dunia Keletihan Melampau Selepas Bekerja Selama 12 Jam Tanpa Henti..


Seorang model berusia 14 tahun meninggal dunia selepas mengalami keletihan melampau semasa tiga bulan berada di China.

Vlada Dzyuba tiba-tiba terjatuh dan dilaporkan koma sebelum dia memulakan catwalk dalam satu pertunjukan fesyen di Shanghai.

Dia disahkan menderita meningitis kronik selepas bekerja selama 12 jam tanpa henti dan malangnya dia meninggal dunia, dua hari kemudian.


Difahamkan model itu terlalu takut untuk mendapatkan bantuan perubatan kerana masih terikat dengan kontraknya, lapor The Siberian Times.

Dia sepatutnya mempunyai kontrak yang membolehkannya bekerja paling lama dalam tempoh tiga jam seminggu.

Vlada Dzyuba was found to be suffering from 'utter exhaustion' and chronic meningitis following a gruelling 13-hour Asian fashion show in Shanghai

"Mama, saya penat".

Oksana, ibu mangsa memberitahu Vlada ada menghubunginya dengan mengatakan dia keletihan dan tidak cukup tidur.


"Dia mula demam dan suhunya semakin naik. Saya tidak cukup tidur dan saya beritahu dia supaya pergi ke hospital," katanya.

Vlada Dzyuba during the fashion show in Shanghai

Oksana cuba mendapatkan visa untuk bersama dengan anak perempuannya tetapi gagal memperolehinya.

Malah Oksana tidak pasti sama ada anak perempuannya itu mempunyai insuran perubatan dalam kontrak modelingnya.

No comments

Powered by Blogger.