Header Ads

"Macam Jadi Kampung Mereka Sendiri Dah." Ibarat ‘Little Myanmar’, Flat Pandan Mewah Jadi Lubuk Pelarian Rohingya Dan Lambakan Warga Asing Lain..


Ampang: Lambakan warga asing terutama dari Myanmar yang menghuni flat Taman Pandan Mewah sangat membimbangkan, malah, tanpa rasa malu mereka turut menjalankan perniagaan secara terbuka seperti perniagaan kedai runcit, gerai makan dan barangan lusuh.

Keadaan itu membuatkan kawasan flat tidak ubah seperti sebuah pasar di Myanmar walaupun pelbagai operasi dilakukan dan selain warga Myanmar, turut memonopoli perniagaan serta bekerja di situ adalah warga Bangladesh, Pakistan, Vietnam dan Indonesia.


Paling menjijikkan, longgokan sampah yang ditinggalkan mereka selepas menjalankan perniagaan haram di sekitar flat 12 blok itu menjadikan kawasan itu antara tempat panas kes demam denggi.

ayam
Selain membuka kedai runcit dan restoran, etnik Rohingya di Pandan Mewah turut menternak ayam di kaki lima kedai.

Turut menjalankan perniagaan secara bebas seperti menjual sirih, mengutip besi buruk, sehingga ada yang menternak ayam di kaki lima kedai adalah pelarian etnik Rohingya.

Berniaga makanan di kaki lima. FOTO Aswadi Alias

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Pandan Mewah, Shaharuddin Ismail, 56, berkata, kebanjiran warga asing yang berniaga di kawasan itu menjejaskan pendapatan peniaga tempatan dan mewujudkan masalah sosial.

“Sudahlah menjalankan perniagaan sesuka hati tanpa ada lesen yang sah, selepas itu buang sampah merata-rata. Tidak mustahil, kes demam denggi kawasan ini semakin meningkat.


“Ketika hujung minggu pula terdapat warga asing yang mabuk dan mula mengganggu ketenteraman penduduk setempat, selain ada kedai judi di sekitar flat,” katanya ketika ditemui selepas tinjauan masalah penduduk oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Selangor dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Menurut Shaharuddin, kebanjiran warga asing di kawasan itu disebabkan terdapat pemilik kediaman yang menyewakan rumah mereka sehingga RM1,100 sebulan kepada warga asing berbanding sewa bulanan sebanyak RM700 kepada rakyat tempatan.

SEBAHAGIAN warga Myanmar yang berniaga di kaki lima di kawasan perumahan pangsapuri kos rendah, Taman Pandan Mewah, Ampang.

“Sebab itu, ramai pelarian Rohingya di sini dan ada yang berkongsi rumah sehingga tiga keluarga. Setakat ini, tindakan yang diambil pihak berkuasa bagi menangani masalah warga asing yang memonopoli perniagaan masih tidak cukup. Saya berharap tindakan lebih tegas diambil bagi menangani isu ini,” katanya.

Sementara itu, Iskandar berkata, tinjauan yang dilakukan adalah hasil aduan penduduk setempat yang memaklumkan ada warga asing terutama Myanmar yang memiliki perniagaan.

“Hasil tinjauan mendapati mereka menjalankan perniagaan di sekitar kawasan parkir dan ada yang menggunakan van rosak serta tidak boleh bergerak sebagai tempat penyimpanan barang kitar semula.


“Keadaan ini membuatkan persekitaran kotor dan sampah yang dilonggokkan menjadi tempat takungan air sehingga pembiakan nyamuk semakin menjadi-jadi selain tikus. Tindakan perlu diambil segera kerana ada juga warga asing menggunakan lesen perniagaan penduduk tempatan.

WARGA Myanmar beriadah dengan bermain takraw. FOTO Aswadi Alias

"Kebanyakan mereka ini merupakan pemegang kad pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), jadi bermakna ini pihak imigresen perlu lihat sama ada mereka masuk secara sah atau tidak.

“Jadi adakah kita sebagai negara mengawal mereka di sini dan sama ada mereka bebas keluar masuk di sini.

“Ada lebih kurang 1,000 orang di Pandan Mewah ini sehingga mengakibatkan penduduk tempatan tersingkir dan kita tidak mahu kawasan itu menjadi tempat orang asing dan menjadikan penduduk tempatan takut nak masuk, macam dah jadi kampung mereka pula,”

Dalam pada itu, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Selangor Ramli Othman berkata, sebagai pemegang kad UNHCR, pelarian Rohingya tidak dibenar menjalankan urusan perniagaan.


Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.