Header Ads

Kucing Jalanan Ini Telah Menyelamatkan Bayi Yang Ditinggalkan Dalam Kotak Di Bawah Tangga Pada Musim Sejuk..



Seekor kucing jalanan menjadi wira dalam sekelip mata apabila telah menyelamatkan satu nyawa dari kesejukan melampau di bandar Obninsk, Rusia. Kucing jalanan ini memanjat sebuah kotak yang mengandungi seorang bayi yang telah diletak di bawah tangga dan melindunginya dari kesejukan.


Bayi malang ini telah ditinggalkan oleh ibubapanya yang tidak bertanggungjawab.

Seekor kucing jalanan berbelang kelabu coklat yang gebu dan cantik bernama Masha adalah kucing yang biasa berkeliaran di satu pangsapuri lama apabila pada satu malam yang sangat sejuk, Masha telah menemui satu kotak yang mengandungi seorang bayi yang diletakkan di bawah tangga.


Seorang pesara, Madeschda Machikowa yang berusia 65 tahun yang tinggal di bangunan tersebut telah terdengar suara Masha yang mengiau tanpa henti seolah-olah merintih dan menangis meminta pertolongan.


Madeschda yang berasa bimbang memikirkan mungkin Masha tercedera telah keluar dan turun untuk melihat Masha.


Madeschda telah pergi ke arah suara di tangga itu dan alangkah terkejutnya beliau apabila melihat terdapat seorang bayi yang diletakkan di dalam sebuah kotak telah menangis dan bukannya Masha.


Rupa-rupanya Masha sedang melindungi seorang bayi lelaki yang telah ditinggalkan. Masha telah memeluk bayi ini sambil menjilat-jilatnya yang sedang dalam kesejukan ini bagi memastikan dia sentiasa hangat dan berasa selesa.


Dilihat terdapat satu beg yang mengandungi lampin pakai buang yang bersih disertakan bersama bayi ini. Madeschda dengan segera bergegas memanggil ambulans.

Kemudian beliau bersama Masha menunggu ketibaan pasukan paramedik untuk mengambil bayi berkenaan dan membawanya ke hospital.


Setibanya pasukan paramedik, Masha telah mengikuti mereka dari belakang dalam salji yang sejuk itu kerana berasa risau dengan keadaan bayi tersebut.Seolah-olah Masha juga mahu membantu pasukan penyelamat tersebut.



Salah seorang anggota paramedik, Vera Ivanina memberitahu REN TV, “Masha berasa risau di mana kami akan membawa bayi ini. Ia berlari mengikuti di belakang kami sambil mengiau. Masha haiwan penyayang yang sangat prihatin.”

Pasukan perubatan itu akhirnya berjaya meyakinkan Masha bahawa bayi itu akan dijaga dengan baik dan ia boleh bertenang dan tidak perlu berasa risau.

Bayi lelaki yang berusia 2 bulan itu telah di kejarkan ke hospital dan diberikan rawatan lanjut.


Seorang jurucakap hospital berkata, “Bayi tersebut hanya berada di luar selama beberapa jam dan syukur dengan adanya Masha yang melindunginya, keadaan kesihatan bayi ini tidak terjejas.”

Sementara itu, tindakan Masha telah diberikan pujian oleh para penghuni yang tinggal di blok pangsapuri tersebut. Nampaknya Masha telah menjadi selebriti terkenal di situ.


Para penghuni kini telah menjaga Masha dengan baik dan memberinya layanan istimewa kerana sikapnya yang lebih berperikemanusiaan dari manusia itu. Masha kini telah menemui rumah barunya di bangunan pangsapuri tersebut.


Diharap Masha dan bayi yang ditinggalkan ini akan menemui rumah yang kekal dan keluarga yang penyayang. Mereka berhak untuk mendapat hak ini.

Sementara itu, pihak polis masih mencari ibubapa bayi lelaki yang telah ditinggalkan ini.Lihat video wira kucing comel dan gebu Masha dibawah.

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.