Header Ads

Kisah Ketabahan Seorang Isteri! Dua Minggu Sebelum Bersalin, Suami Dimasukkan Ke Hospital Kerana Terlibat Dalam Kemalangan Dan Mengalami Pendarahan Otak..


Brianna dan Austin merupakan pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata pertama mereka.Namun, dua minggu sebelum Brianna melahirkan, dia telah menerima satu perkhabaran buruk yang menggoncang dunianya. 

Ikuti kisah Brianna dalam menempuh dugaan ini dengan tabah.Cinta tidak melibatkan perkara yang kecil seperti panggilan telefon, temujanji ataupun kenangan. Cinta adalah apabila anda sanggup mengorbankan sesuatu yang anda tidak tahu anda mampu lakukan.

Pernahkah anda diduga dengan sesuatu yang membuatkan dunia sekeliling anda menjadi goyah? Anda tidak mampu untuk bergerak, berfikir malah bertindak.


Saya telah mengalami sesuatu yang saya tidak pernah sangka akan berlaku kepada hidup saya… sepanjang sembilan bulan mengandungkan anak pertama. Fasa mengandung sepatutnya menjadi salah satu perjalanan hidup yang mengagumkan.

"Kamu akan merasai kasih sayang tidak terhingga terhadap seseorang yang belum wujud. Saya dan Austin sangat teruja tentangnya.



Untuk membawa pulang anak lelaki kami ke rumah dan menjadi ahli keluarga.

Tetapi saya tidak pernah membayangkan bahawa pada suatu malam, dunia saya berkecai dalam masa beberapa jam sahaja. Saya masih ingat ketika ibu mertua mengejutkan saya dan memberitahu, “Austin kemalangan”.

Pada detik itu, saya hanya tahu bahawa suami saya berada di hospital tetapi puncanya saya tidak tahu.


Setibanya di hospital, saya mendapati suami saya, bapa kepada anak saya, orang yang sangat saya cintai mengalami pendarahan di dalam otak.

Doktor mengesahkan puncanya adalah pengambilan minuman bertenaga secara berlebihan (tabiat yang dia amalkan semenjak bekerja untuk jangka masa yang panjang dan sering berulang-alik).

Pembedahan dijalankan dan selepas menanti penyeksaan selama lima jam, baru kami boleh bertemu dengannya. Sementara orang lain sedang memfokuskan kepada wajah tidak dikenali dengan pelbagai mesin serta tiub, saya melihat kedua ibu bapanya.


Saya melihat ibunya hanya merenung anak lelakinya yang terbaring kaku di katil hospital. Saya melihat si bapa pula menangis sambil memegang isterinya.

Mereka tidak pasti sama ada anak mereka akan sedar atau tidak. Melihat keluarga saya dalam keadaan sedih begini, saya rasa amat pilu.

Keesokan harinya merupakan pembedahan otak bagi sesi yang kedua. Kesan pembedahan ini meninggalkan Austin menjadi lumpuh, sakit dan pelbagai lagi perkara yang kami tidak pernah bersedia untuk hadapi.


Terdapat satu detik di mana saya duduk di sisinya dan berdoa supaya dia sembuh, saya tahu saya tidak akan mengalah dengannya. Walau apa jua rintangan, saya tetap akan berada di sisinya.

Selepas dua minggu, kami pulang ke rumah kerana tiba masanya untuk saya melahirkan anak kami. Saya sudah merancang supaya Austin akan menjadi sebahagian daripada detik terbesar dalam hidup kami.

Berada di sisi sambil memegang tangan saya. Berada di sana untuk memotong tali pusat.

Berada di sana untuk menyambut ketibaan anak lelaki kami. Namun, keajaiban indah berlaku sebaik sahaja saya melahirkan. Austin akhirnya sedar.

Setiap hari saya memikirkan mengenai Austin tetapi saya tidak boleh bertemu dengannya. Saya menangis sebaik sahaja melihat raut wajah anak kami kelihatan persis bapanya.


Selepas seminggu, saya meninggalkan bayi saya ke pangkuan ibu bapa mertua untuk menjenguk Austin. Saya perlu beritahu dia bahawa bayi kami selamat dilahirkan.

Untuk memberitahu dia bahawa betapa kami sangat memerlukannya. Setelah anak kami berusia dua bulan, dia akhirnya menemui bapa kandungnya.

Itu merupakan hari terindah dalam hidup saya. Setelah sekian lama, Austin akhirnya pulang ke rumah namun kehidupan kami menjadi tidak normal.


Para doktor melawat ke rumah dan kami perlu sentiasa ke hospital tapi kami tetap di sini. Berjuang. Saya bangun setiap hari demi anak lelaki dan suami.

Saya menyediakan makanan, melakukan terapi fizikal, terapi berucap dan terapi tentang pekerjaan. Saya membantu membersihkannya, membantu dia berjalan dan membantu setiap aspek dalam hidupnya.


Sambil menjaga Austin, saya turut menjaga anak kami yang berusia lapan bulan. Walaupun penat, saya tetap lakukannya. Dia bukan lelaki yang sama membuatkan saya jatuh cinta tetapi saya tetap mencintainya setiap hari.

Kami berjuang untuk memulihkannya, membuatkan hidupnya menjadi lebih baik. Satu hari nanti, kami akan hidup bahagia, saya tidak akan pernah berhenti berharap.

Saya tidak akan menyerah kerana saya sangat mencintainya sepenuh hati.



Kredit: Era Baru

No comments

Powered by Blogger.