Header Ads

Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Ini Meninggal Dunia Ketika Tidur Pada Waktu Siang Di Taska, Penjaganya Pengsan Selepas Mengetahui Punca Kematiannya! Peringatan Kepada Semua Ibu Bapa Atau Penjaga Supaya Sentiasa Berwaspada!..


INDONESIA- Kisah seorang kanak-kanak berusia 5 tahun meninggal dunia ketika tidur siang di sebuah tadika di negara jiran kita, Indonesia.

Kisah ini mendapat perhatian meluas, kerana punca kematian kanak-kanak tersebut ialah kerana terlalu banyak makan!


Diharapkan kepada para ibu bapa dan guru sekolah agar lebih berwaspada. Jika nafsu makan anak sangat baik dan banyak makan atau anak sukar tidur selepas makan janganlah dipaksa anak itu untuk terus tidur.

Inilah cerita sebenar yang dikongsikan oleh ahli keluarga selepas punca kematian di diagnosis oleh doktor, dan bagaimana kematian ini boleh berlaku.



Pagi sebelum kejadian, mangsa berusia 5 tahun Iwan ( bukan nama sebenar ) sarapan nasi ayam dan segelas susu yang dihidangkan oleh ibunya. Setelah siap bersarapan dia pergi ke tadika seperti biasa.

Ketika waktu makan tengahari, cikgu tadika Iwan berpesan agar jangan membuang makanan dan harus di makan sampai habis. Iwan menghabiskan makanan sama seperti kanak-kanak yang lain.

Pada pukul 12.10 waktu tempatan, guru tadika menyuruh semua kanak-kanak untuk tidur siang namun sebelum tidur mereka menyanyikan 3 lagu kanak-kanak sebagai aktiviti sebelum berehat.


Tetapi guru tadika melihat Iwan masih asyik bermain, belum tidur seperti anak-anak lainnya, dia pun berteriak beberapa kali menyuruh Iwan segera tidur.

Tapi Iwan memberi alasan masih kenyang, belum/tidak boleh tidur, kerana kekenyangan, namun guru tadika berkata pada Iwan bahwa anak-anak harus tidur siang, kalau tidak nanti tidak akan tumbuh besar.

Akhirnya Iwan pun tertidur dengan menelungkupkan wajah ke bantalnya. Jam 2.30 petang, sebahagian besar kanak-kanak sudah bangun dari tidur siangnya, kemudian kembali ke kelas.



Tapi guru tadika bernama Lany (bukan nama sebenar) melihat Iwan masih belum bangun. Dia beranggapan mungkin kerana lewat tidur, jadi dia pun tidak membangunkannya.

20 minit kemudian, guru Lany membangunkan Iwan, tapi dia agak hairan kenapa tidak ada reaksi.
Lalu dia menyentuh dahinya, dan dia terkejut ketika melihat bibir Iwan menghitam, dan ada kotoran hitam di hidung dan mulutnya. Dia semakin terkejut melihat Iwan tak bernafas lagi!

Dua orang guru tadika pun segera membawa Iwan ke hospital, namun malang, kanak-kanak itu telah meninggal dalam perjalanan ke hospital.

Menurut diagnosis doktor, Iwan kekenyangan ketika makan tengari, kemudian terus tidur sebelum makanannya dicerna.


Akibatnya makanan yang belum dicerna itu mengalir kembali ke esofagus (kerongkong), sehingga menghalang trakea dan punca terjadinya kematian.

Keterangan doktor itu pun seketika membuat kaki guru tadika Iwan terkulai lemas. Akhirnya, pihak tadika harus bertanggung jawab atas insiden itu. Sementara guru Lany juga harus memberi ganti rugi dan diberhentikan.

Catatan: Jangan sekali-kali memaksa anak-anak untuk tidur setelah makan!


Anak hanya satu, seberat apapun hukuman yang diterima guru tadika, dan sebesar apapun ganti rugi yang diterima keluarga mangsa, tetap nyawa anak itu tidak boleh kembali lagi, dan tak boleh menebus trauma yang diderita oleh keluarga. Padahal tragedi ini boleh dihindari.

Sebelumnya kanak-kanak itu sudah mengatakan kepada guru tadikanya, bahawa dia kekenyangan belum boleh tidur. Dia pun sempat merengek, tapi guru tadika itu berfikir si kanak-kanak beralasan kerana masih suka bermain, sehingga memaksanya untuk tidur dan menyebabkan tragedi ini.

  • Anak-anak yang makan kekenyangan dan belum/tidak boleh tidur, sebaiknya jangan dipaksa untuk tidur.
  • Anda boleh mengajaknya bercakap, tunggu setelah makanannya dicerna, badan juga terasa selesa, maka dengan sendirinya menjadi lebih mudah untuk tertidur.
Bagaimana mencegah kemalangan seperti itu?

Ketika anak-anak tidur siang, cikgu harus ulang-alik memeriksa. Lakukan langkah-langkah ini, mendengar, melihat, menyentuh dan tangani.

1. “Mendengar”, mendengar pernafasan anak-anak adakah normal
2. “Melihat”, melihat sikap anak-anak, perhatikan secara cermat setiap gerak geri/perilakunya apakah wajar, segera atasi jika mencurigakan.
3. “Menyentuh”, menyentuh suhu di dahi anak-anak.

Penyakit refluks gastroesofageal atau GERD (Gastro Esophageal Reflux Diseases) adalah keadaan terjadinya aliran balik isi perut ke kerongkong dan menyebabkan gejala yang mengganggu dan atau disertai komplikasi.

Ada kemungkinan kanak-kanak yang terus berbaring setelah makan akan mengalami seperti hal tersebut di atas. Situasi ini dapat terjadi jika orang berkaitan ada gejala suppurative tonsillitis dan penyakit lainnya. Hal itu lebih mudah menyebabkan penyumbatan pada tenggorok.


Selepas makan, anak-anak sebaiknya dibiarkan tidur satu jam setelah perutnya istirehat.Sering terdengar kes kematian bayi kerana sesak nafas ketika tidur (tersedak susu) dengan menelungkupkan kepala di atas bantal, dan tak disangka ini juga boleh terjadi pada anak-anak tadika.

Walaupun kes kematian kanak-kanak tadika seperti Iwan ini jarang terjadi, tapi lebih baik mencegah, kerana segala bencana yang tak terduga boleh saja terjadi. Dan kejadian ini patut diwaspadai oleh semua ibu bapa dan guru. Semoga tragedi seperti yang menimpa Iwan ini tidak terjadi lagi di kemudian hari.-PENMERAHPRESS

No comments

Powered by Blogger.