Header Ads

Kanak-Kanak 2 Tahun Diculik, Muka Dicurah Asid Kemudian Dibuang Dalam Tong Sampah Gara-Gara Cinta Lelaki Itu Ditolak Oleh Ibunya..


INDIA- Seorang kanak-kanak menjadi mangsa apabila mukanya dicurah asid oleh seorang lelaki yang meminati ibunya.

Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun itu, Aditya Raj, dari kawasan miskin Gurugam, utara India, telah diculik oleh lelaki berkenaan.

 The little boy underwent three operations and his eyesight was saved, but he may require more surgery as an adult

Lelaki itu berbuat demikian selepas ibu Aditya iaitu Soni, 26, enggan berpisah dan meninggalkan suaminya iaitu bapa Aditya.


Selepas menculik Aditya, lelaki itu telah mencurahkan asid ke muka kanak-kanak berkenaan sebelum membiarkannya untuk mati, di dalam tong sampah pada bulan Disember lalu.

 His mum Soni, pictured, said Mangal had harassed her for months, so she and her husband moved districts in India, to get away

“Anak saya ditemui dalam tong sampah dengan mukanya menjadi cair. Sudah 10 bulan berlalu tetapi saya rasa seperti baru semalam berlaku. Saya melihat anak saya menderita setiap hari,’’ kata Soni.

 Soni and her husband Jamna Prasad, have had a baby girl since the attack, but now live in fear as Mangal walks the streets

Soni telah diganggu oleh jirannya, Mangal, 27, sejak tahun lepas. Walaupun Mangal mengetahui Soni sudah berkahwin namun dia kerap meminta Soni meninggalkan suaminya.

 Docs said 30 per cent of his face was burned after the horrific incident

Disebabkan gangguan itu, Soni dan keluarganya telah berpindah ke tempat lain namun Mangal dapat mengesannya. Dia menculik Aditya ketika kanak-kanak itu sedang bermain dengan kawan-kawannya.


Dalam pada itu, penderitaan yang dialami Aditya itu menyebabkan kerajaan dan NGO tampil membantu mengumpul dana untuk proses rawatan dan pemulihan Aditya.

Kanak-kanak berkenaan telah dirawat oleh Dr. Avtar Singh Bath dan beliau telah menjalankan pembedahan di bahagian mata dan hidung Aditya.

 His mum Soni said she has watched her little boy suffer everyday since the attack

“Ketika dibawa kepada kami, kanak-kanak itu mengalami 30 peratus lecur di badannya dengan bahagian paling teruk adalah di bahagian mata,

 The two-year-old was playing outside when Mangal, 27, snatched him in what appeared to be a revenge attack last December

“Kami juga menjalankan pembedahan di bahagian hidung dan tidak lama lagi satu lagi pembedahan akan dijalankan di bahagian pipi kanan dengan ambil kulit di bahagian perut,’’ kata Dr. Avtar.-PENMERAHPRESS

No comments

Powered by Blogger.