Header Ads

"Kami Berkenalan Menerusi Facebook.”- Datuk Jalaluddin Hassan Rancang Untuk Berkahwin Dengan Seorang Ibu Tunggal..


KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Datuk Jalaluddin Hassan, merancang untuk menikahi seorang ibu tunggal selepas genap setahun pemergian isterinya, Datin Hasimah Mat Ehsan.

Hasimah meninggal dunia pada 5 November tahun lalu akibat komplikasi pembedahan jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini.

Jalaluddin, 63, mengaku beliau kini berkawan dengan wanita empat anak berkenaan, yang dikenali menerusi laman sosial sejak Ramadan lalu.


"Kami berkenalan menerusi Facebook dan kali pertama saya menegurnya adalah pada Ramadan lalu apabila mengucapkan selamat berpuasa kepadanya.

"Hanya pada Aidilfitri baru kami ada peluang bertemu, pada sebuah acara rumah terbuka. Tak sangka, dia adalah adik kepada kawan saya," katanya.

Teater terbitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu bakal dipentaskan pada 19 hingga 22 Oktober ini.


Jalaluddin berkata, jiwa kental yang ada pada wanita yang hanya dikenali sebagai YR itu membuatkan hatinya terpikat, sekali gus mahu menjadikannya sebagai teman hidup.

"Saya kagum dengan semangatnya membesarkan anak-anak, selain menjaga ibunya yang kurang sihat," katanya.


Sumber: BHarian

No comments

Powered by Blogger.