Header Ads

"Ini Hanya Pendapatan Sampingan Saya, Suami Tak Tahu.” Wanita Itu Antara 14 GRO Warga Asing Yang Dicekup Polis Dalam Operasi Di Pusat Hiburan..


"INI hanya pendapatan sampingan sebagai teman 'berhibur' dan saya sempat melakukannya tanpa pengetahuan suami yang tiada di rumah," kata ibu muda dikenali Melati, 20-an.

Wanita warga Indonesia itu antara 14 pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang dicekup polis dalam satu operasi di sebuah pusat hiburan di Taman Eng Ann, Klang, malam tadi.

Ops Noda itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) diketuai Asisten Superintendan Azhar Ali dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK), jam 9.20 malam.


Ketika serbuan, semua wanita rata-rata warga Vietnam berusia 18 hingga 26 tahun tidak sempat melarikan diri dan ditahan untuk tindakan lanjut.

Melati ketika ditemui mendakwa, dia datang ke pusat hiburan itu sekadar untuk berhibur dan menemani seorang lelaki.

"Saya dibayar hanya untuk ditemani dengan bayaran kebiasaannya RM50 dan ia bergantung kepada pelanggan itu yang diperkenalkan oleh rakan.


"Bagi mengelak diketahui suami warga tempatan, saya keluar ketika dia berada di rumah isteri pertama," kata isteri kedua yang mempunyai seorang anak berusia enam tahun itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, serbuan dilakukan hasil risikan dan maklumat awam mengenai kegiatan tidak bermoral di premis berkenaan.

"Dalam operasi lebih sejam itu, kita turut menahan penjaga premis warga tempatan berusia 26 tahun bagi membantu siasatan.

"Selain itu, beberapa barangan dirampas antaranya resit perniagaan dan sejumlah wang tunai," katanya.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen dan Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63.

No comments

Powered by Blogger.