Header Ads

“Ini Akibatnya Simpan Patung ‘Teddy Bear’, Pesakit Terkena Gangguan Sihir,Saka Dan Gangguan Jin”.-Ikuti Perkongsian Kisah Daru Ustaz Ini..



Boleh dikatakan hampir setiap rumah pasti ada yang memiliki/menyimpan patung atau boneka. Tidak hanya menjadi permainan kanak-kanak, malah menjadi barangan untuk golongan dewasa.

Contohnya patung teddy bear, ramai perempuan dewasa yang menyimpannya di dalam bilik dan dijadikan ‘teman’ sewaktu tidur malam. Namun tahukah anda, apakah akibat dan hukum meletakkan patung hidup di dalam rumah yang didiami?


Menerusi perkongsian facebook seorang pengamal perubatan Islam, iaitu Ustaz Norazman Albanjary, ini pasti ramai yang tak sangka. Akibat menyimpan patung teddy bear atau patung benda hidup ini adalah salah satu punca seseorang itu terkena sihir/saka.

“Ini Adalah antara patung yang dimilik pesakit terkena gangguan sihir/saka. Malaikat tidak akan masuk rumah yang ada patung besar dan kecil kecuali malaikat maut. Apabila malaikat tidak masuk, jin dan syaitan akan senang masuk dan mudah terkena gangguan. Keluarkanlah patung-patung yang besar atau kecil untuk menggelakkan daripada gangguan syaitan dan jin. Perempuan yang akil baligh yang main patung hukumnya adalah haram. Wallahualam.”


Setakat ini, perkongsian itu mendapat lebih 14,000 ‘share’ dari pengguna facebook.

Ustaz Norazman Al-Banjary atau lebih dikenali sebagai ‘Ustaz Jin’ seorang pengamal perubatan Islam yang giat aktif menjelajah seluruh negara bagi menawarkan perkhidmatan perubatan alternatif percuma secara terbuka kepada orang ramai.


Beliau amat pakar dalam bidang mistik, dan hanya menggunakan bacaan ayat suci al-Quran untuk membantu merawat pesakit yang mengalami masalah gangguan jin terutama saka dan sihir.

Hebatnya penangan ‘Ustaz Jin’ ini, hingga membuatkan orang ramai sanggup menunggu berjam-jam lamanya dan sebahagiannya juga sanggup menunggu sehingga Subuh.

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.