Header Ads

‘Ikat Leher Anak Guna Rantai Besi Kemudian Kunci Pada Tong Gas Dan Ditinggalkan Di Dapur Rumah Bersendirian.’ Anggota Tentera, Isteri Ditahan Kes Dera Anak..


KUANTAN: Sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan kes dera anak mereka berusia 10 tahun di Indera Mahkota, dekat sini, petang semalam lapor Berita Harian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata perbuatan itu terbongkar hasil maklumat awam dan pemeriksaan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).


"Bapa kanak-kanak itu berusia 35 tahun adalah anggota tentera bertugas di Kem Batu 10, Jalan Gambang. Hasil siasatan awal mendapati dia mengikat leher anaknya menggunakan rantai dan mengunci pada tong gas sebelum ditinggalkan di ruang dapur rumah.

Anak 10 Tahun Enggan Sekolah Dirantai Bapa Di Tong Gas

"Polis cuba memasuki rumah itu melalui pintu depan, namun tidak berjaya kerana dikunci. Mereka kemudian ke bahagian belakang rumah dan ternampak kelibat kanak-kanak memakai seluar tanpa baju, terbaring tidak sedarkan diri," katanya, hari ini.

Beliau yang dihubungi semalam, berkata kanak-kanak itu masih bersekolah di sebuah sekolah rendah di Indera Mahkota.


Katanya, polis kemudian menghubungi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk membawa mangsa mendapatkan rawatan kesan kecederaan pada bahagian leher akibat dirantai.

Difahamkan, kanak-kanak malang itu hanya tidak ke sekolah kelmarin dan bapanya yang gagal menahan marah, dipercayai bertindak di luar batasan dengan menghukum anaknya itu.


Abdul Aziz berkata, pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu kini direman seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016.-PENMERAHPRESS

1 comment

ayunie ramli said...

Biar kena hukuman yg setimpal 😡

Powered by Blogger.