Header Ads

“Hukuman Gantung Sampai Mati Jika Sabit Kesalahan.”3 Anggota TLDM Direman 7 Hari Bagi Membantu Siasatan Kes Kematian Dua Anggota TLDM..


SERI MANJUNG: Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian dua anggota TLDM dalam bilik tahanan pasukan itu lapor BHarian.

Majistret Nur Shaqira Ibrahim membenarkan permohonan polis untuk menahan reman tiga anggota TLDM yang berusia antara 29 hingga 44 tahun itu bermula hari ini hingga 7 Oktober.

Ketiga-tiga mereka yang bertugas di bilik tahanan di Unit Komunikasi TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, dekat sini, direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.


Terdahulu, ketiga-tiga suspek yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Seri Manjung jam 8.45 pagi dan masuk ke dalam mahkamah 15 minit kemudian dengan prosiding selesai kira-kira jam 9.45 pagi.

Malam tadi, bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh mengesahkan dua anggota TLDM yang berpangkat Laskar Kelas 1 meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru berpunca daripada trauma tumpul.

Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia ketika berada dalam bilik tahanan pada jam 3.15 petang kelmarin.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Perak, Datuk Gan Tian Kee, berkata berikutan itu polis menahan tiga anggota TLDM pada jam 9.30 malam tadi untuk membantu siasatan kes kematian itu.

Katanya, ketiga-tiga suspek adalah anggota yang bertugas di bilik tahanan pasukan itu untuk syif 10 pagi hingga 10 malam pada hari kejadian.



No comments

Powered by Blogger.