Header Ads

Gara-Gara Ada Jemaah Yang Cuai Tidak Menutup Rapat Pintu Masjid, Lapan Ekor Anjing Masuk Ruang Solat..


IPOH –Kejadian yang berlaku pada awal pagi Jumaat itu hanya disedari oleh siak Masjid Al-Ansar apabila pintu belakang masjid berkenaan tidak ditutup rapat seperti biasa, selain kesan tapak kaki binatang najis mughallazah berkenaan.

“Saya percaya kumpulan anjing ini berjaya masuk ke masjid menerusi pintu belakang yang tidak ditutup. Selepas Isyak semua pintu biasanya ditutup.


“Mungkin malam itu ada jemaah yang tidak menutup rapat pintu,” kata Muhammad Radzi Yaakub seperti yang dipetik Sinar Harian.

Tambahnya, anjing tersebut dipercayai datang dari kawasan pembinaan yang berhampiran dan ia merupakan kejadian pertama kali sejak masjid itu dirasmikan pada 2015 lalu.

Sementara itu pengerusi masjid, Muntaha Kamil Halid berkata pihaknya telah merujuk perkara tersebut kepada pihak Timbalan Mufti Perak khususnya mengenai soal pembersihan masjid.

Katanya, berdasarkan rakaman litar tertutup (CCTV), pihak masjid dimaklumkan pembersihan hanya perlu dilakukan dengan kaedah biasa.


“Kami rujuk perkara berkenaan kepada timbalan mufti dan kami yakin ia dalam keadaan kering.

“Jadi kami bersihkannya menggunakan vakum dan semburan sahaja,” katanya. –PENMERAHPRESS


Sumber : Sinar Harian

No comments

Powered by Blogger.