Header Ads

Gadis Usia 13 Tahun Jadi 'Hamba Seks' Oleh 2 Abang Tiri Berusia 13 Dan 15 Tahun Lebih 30 Kali Seorang Hingga Lahirkan Anak..


BALING: Polis menahan dua beradik dipercayai menjadikan adik tiri mereka sebagai hamba seks sejak 2015 sehingga melahirkan bayi lelaki di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof, berkata perkara itu terbongkar selepas mangsa yang berusia 13 tahun mengadu kepada ibu tirinya kerana sakit perut sebelum dibawa ke hospital, jam 3.30 pagi.


Katanya, mangsa kemudian bersalin 10 jam kemudian susulan pemeriksaan dilakukan, doktor mengesahkan mangsa mengandung hingga menyebabkan ibu tirinya terkejut kerana selama ini tubuh mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan.

"Siasatan awal, mangsa memaklumkan dia dirogol abang tirinya berusia 15 dan 13 tahun lebih 30 kali setiap seorang sejak pertengahan tahun 2015 sehingga Disember 2016.

"Mangsa yang tinggal di Kuala Ketil, di sini, dirogol kedua-dua abang tirinya ketika ibu bapa mereka tiada di rumah.


"Sepasukan anggota kemudian menahan kedua-dua suspek di rumah mereka hari yang sama jam 12 tengah hari," katanya yang dihubungi sebentar tadi.

Shariffuddin berkata, kedua-dua suspek kini direman tujuh hari bermula semalam sehingga 2 November depan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan," katanya.

Sumber: BH

No comments

Powered by Blogger.