Header Ads

Fesyen Seluar` Paha Ayam Goreng’ Pula Jadi Trend Di Media Sosial Berharga RM347 Sehelai..


FESYEN seluar` paha ayam goreng’ kini menjadi trend di media sosial selepas ia dikongsi oleh seorang pengguna twitter. Seluar berkenaan dijual Ia dijual di Jepun oleh kedai e-dagang Rakuten pada harga RM347.


Jualan seluar ayam goreng itu bak `goreng pisang panas’ kerana ia mendapat sambutan.


Kainnya tidak mudah kedut dan selesa dipakai. Ia juga panjang hingga ke paras buku lalu.


Seorang pengguna twitter, k-kazu-magi telah terjumpa seluar yang berwarna oren itu dan kemudiannya memuatnaik dalam twitter. Tanpa disangkanya, entri berkenaan memperolehi lebih 60,000 `liked’.


“Apa yang saya fikirkan ketika melihat seluar ini… ialah KFC,’’ demikian tulis k_kazu_magi.

Ada juga pengguna twitter memberitahu mereka tidak dapat menahan ketawa melihat seluar seperti paha ayam goreng itu.

No comments

Powered by Blogger.