Header Ads

‘Emma Hadir Tanda Beri Sokongan Sudah Cukup Buat Saya Gembira Dan Ia Tanda Positif.’- Kamal Adli Rangkul Juara Super Spontan Superstar 2017..

Emma hadir memberi sokongan kepada Kamal Adli dalam 'Super Spontan Superstar 2017' pada malam Jumaat. FOTO: Instagram Emma Maembong.

Kamal Adli mempamerkan persembahan konsisten hingga muncul juara program realiti, Super Spontan Superstar 2017.


Membawa pulang wang tunai RM100,000, aktor berusia 31 tahun itu malahan melakar sejarah apabila mampu menumpaskan ramai peserta lain yang rata-ratanya merupakan pelawak profesional.


Percubaan kali kedua bintang drama Duda Pujaan Dara dalam program pertandingan komedi itu malam tadi membuahkan hasil selepas gagal menempah tiket ke pentas final pada musim lalu.

Tempat kedua dimenangi oleh Fad Bocey yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 manakala tempat ketiga pula diraih rakan seperjuangan, Achey yang memperoleh RM25,000.


Kemenangan adalah berdasarkan 100 peratus undian daripada penonton. Pentas akhir program yang bersiaran selama lapan minggu itu turut menampilkan Mamak Puteh, Syuk Balas, Ozlyn, Sharif dan Shahrul Shiro.


Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000. Super Spontan Superstar 2017yang dihoskan Datuk AC Mizal, mengundang selebriti Datuk Chef Wan sebagai komentator bersama Datuk Afdlin Shauki.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Emma, Kamal menganggap kehadiran pelakon itu menyaksikan pertandingan tersebut memberi tanda positif namun dia mengambil mendekatan untuk melalui tempoh bertenang.

"Saya tahu dia tengah marah, kami sedang berusaha memperbaiki keadaan namun kedatangannya pada malam ini sudah cukup buat saya gembira dan ia tanda positif," ujarnya.


Sumber: mStar

No comments

Powered by Blogger.