Header Ads

“Doa Dipertemukan Jodoh Dengan Lelaki Yang Baik," Siti Nordiana Tunai Umrah Disember Ini.

Tunai Umrah Disember Ini, Siti Nordiana Doa Dipertemukan Jodoh

Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana bersyukur kerana akhirnya dia bakal menunaikan impiannnya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah pada Disember ini.

Siti Nordiana berkata Umrah adalah ibadah yang dinanti-nantikan untuk mendekatkan lagi dirinya dengan Maha Pencipta serta memanjatkan doa.


"Alhamdulilah, akhirnya impian saya hendak menunaikan Umrah tercapai kerana sebelum ini saya tidak berpeluang untuk melakukannya kerana kekangan wang dan masa.

"Saya akan menggunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk mendekatkan diri dengan Tuhan serta beribadah.

"Sudah tentu banyak doa yang saya mahu mohon bila berada di sana nanti, antaranya dipertemukan jodoh sekali lagi, murahkan rezeki dan beberapa lagi doa untuk kebaikan diri saya.


"Siapa tak mahu berteman, saya juga berharap saya akan dipertemukan jodoh sekali lagi dengan lelaki yang baik," katanya kepada Astro Gempak.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana berkata dia bersyukur kerana dapat membawa bapa dan anaknya, Rayyan bersama nanti.

"Saya tidak keseorangan kerana saya akan bawa bersama ahli keluarga saya termasuk bapa dan anak saya.


"Saya bersyukur kerana dimurahkan rezeki dan dapat membawa mereka bersama.

"Kini saya sedang memperbaiki diri dan mempersiapkan diri sebelum menjejakkan kaki ke tanah suci," katanya lagi
.
Mengenai perkembangan lain, Nana bakal menjalani penggambaran yang menggandingkannya semula dengan Alif Satar dalam sebuah siri yang akan memulakan penggambaran selepas pulang dari Umrah.

No comments

Powered by Blogger.