Header Ads

Dianggap ‘Gila’ Dan Di Hina Kerana Perniagaan Benih Ikan, Usahawan Dari Besut Kini Bergelar Jutawan..



Bukan mudah untuk berjaya. Ilmu, iltizam, dan komitmen yang tinggi haruslah dipraktikkan untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.


Bagi Tuan Fakaruddin Tuan Kadir, 38, walaupun pernah diejek dan dicemuh kerana perniagaan benih ikan dianggap gila tetapi kini beliau berjaya menutup mulut semua pengkritiknya.



Kredit: Harian Metro

Memetik laporan daripada Harian Metro, 10 tahun lepas beliau memulakan perniagaan menternak ikan kerapu liar dan ikan siakap dengan modal sebanyak RM 10,000.

“Selepas itu saya bertekad untuk mencuba sesuatu yang baru dengan menjalani kursus pembenihan ikan kerapu hibrid di Teknologi Pembenihan Akuakultur Marin (FRI) Tanjung Demong,” kata beliau seperti yang dipetik daripada Harian Metro.

Hasil usaha dan ilmu yang diperoleh daripada FRI, beliau memulakan langkah menternak ikan kerapu pada 2007.


Kini, beliau merupakan usahawan penternak ikan kerapu hibrid dengan pendapatan jutaan ringgit setahun.

Perniagaan ini dijalankan di Kampung Air Tawat, Besut, dan menternak ikan kerapu secara sistematik sambil dibantu beberapa pihak.

Kerajaan negeri memberi bantuan dengan menyediakan sebidang tanah di Pantai Kampung Air Tawar manakala Jabatan Perikanan Negara menyediakan RM 500,000 untuk pembinaan pusat penetasan kepadanya ketika ingin memulakan perniagaan.

Cemuhan dan kritikan daripada orang kampung sebenarnya telah membangkitkan semangatnya untuk terus berjaya.


Pada awalnya, beliau tidak langsung mempunyai ilmu mengenai bidang penternakan ikan kerapu hibrid tetapi selepas mendapat tunjuk ajar daripada Jabatan Perikanan Negara dan FRI, beliau merupakan pengeluar terbesar benih ikan kerapu hibrid di Besut.

Dengan bantuan 12 pekerja, perniagaan berkembang maju dengan menghasilkan benih yang berkualiti.


“Awalnya saya hanya mempunyai lapan tangki ikan tetapi sekarang alhamdulillah saya mempunyai lebih 200 tangki yang dibahagikan secara lima fasa iaitu tiga fasa pembenihan dan dua fasa asuhan,” kata beliau.


Hasil kejayaan ini turut dikongsi bersama penduduk kampung lain dan kini, 30 orang penduduk mengikut jejak langkahnya dengan memulakan projek asuhan benih ikan kerapu hibrid.


Ikan kerapu hibrid mendapat permintaan yang tinggi daripada dalam dan luar negara kerana mempunyai ketahanan yang tinggi, hasil tuaian yang cepat, kurang kecacatan, dan mudah diternak.


Berbekalkan 30,000 ekor benih ikan kerapu hibrid, beliau turut membekalkan benih ikan untuk asuhan kepada pengusaha tempatan yang lain selain menjual benih ikan ke pasaran di seluruh negara.

No comments

Powered by Blogger.