Header Ads

DesaMall@Online Platform Baru Buat Usahawan Desa.. Kos Lebih Jimat & Produk Lebih Mudah Dikenali..


Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dengan kerjasama Celcom Axiata Berhad dan 11Street memperkenalkan DesaMall@Online bagi memberi peluang kepada usahawan desa memasarkan produk mereka secara atas talian.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia juga bakal menjadi platform kepada usahawan desa memasarkan produk ke peringkat lebih tinggi.

Program Desamall@online merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Transformasi Luar Bandar KKLW iaitu memperluaskan Perniagaan Secara Dalam Talian (ONLINE) untuk membantu usahawan luar bandar memasarkan produk mereka melalui platform e dagang.

Sebanyak 230 usahawan luar bandar yang memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk mengikuti latihan yang dikendalikan oleh 11 street.

"Platform e-dagang akan menjadi satu penyelesaian kepada usahawan desa yang sering berdepan dengan masalah pemasaran produk, sama ada untuk memasuki pasar raya besar atau mempromosikan produk di luar negara.


'Buat masa ini, sebanyak 65 peratus usahawan desa yang menghasilkan produk makanan dan minuman paling banyak menggunakan DesaMall@Online, diikuti produk kesihatan serta kecantikan, kecantikan, pakaian dan aksesori serta kraftangan.
Kluster lain ialah produk kesihatan dan kecantikan, pakaian, perhiasan dan aksesori serta kraftangan.
Sejak Karnival Usahawan Desa (KUD) 2017 berlangsung Khamis lalu, nilai jualan menerusi DesaMall@Online mencecah RM7,000.
Sebanyak 60 produk usahawan mula diniagakan di platform e-dagang 11street hasil kursus DesaMall@Online yang dijalankan atas jenama online store DesaMall.

Mengulas lanjut Ismail Sabri berkata, syarikat 11street tidak mengenakan sebarang bayaran pendaftaran kepada usahawan desa yang berhasrat menggunakan platform DesaMall@Online itu sebaliknya hanya mengambil komisen antara lima hingga tujuh peratus bagi setiap jualan sebagai caj perkhidmatan.

Katanya, kadar tersebut adalah berpatutan kerana syarikat portal beli belah dalam talian itu akan membantu melaksanakan pelbagai promosi untuk setiap produk dan barangan usahawan desa.

“DigitalMall@Online ini juga membantu mengurangkan kos usahawan desa kerana mereka tidak perlu mengambil pekerja yang ramai dan menyewa kedai seperti perniagaan konvensional lain.

“Oleh itu, usahawan desa digesa supaya merebut peluang ini dan tidak ketinggalan dalam meluaskan perniagaan masing-masing kerana kerajaan percaya produk tempatan juga mempunyai potensi yang cukup besar untuk berjaya di peringkat antarabangsa,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.