Header Ads

Cik B 'Usik' Mama Vida, Baju Bulu Sama Kartun Animasi Donquixote Doflamingo..


Pada Rabu lalu, Datuk Seri Vida telah mengemparkan pusat beli belah Pavilion Kuala Lumpur dengan majlis pelancaran muzik video lagunya iaitu I Am Me.


Dalam majlis itu, Datuk Seri Vida telah memakai baju tidur bersama jaket labuh, sandal dan tudung berinsipirasikan bulu ayam dengan warna merah jambu yang sedondon dengan keretanya.


Pemakaian Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hamiza Othman, 46, telah menjadi bahan gurauan Cik B yang merupakan anaknya sendiri.


Cik B, 12, telah memuat naik dua gambar dalam satu ‘posting’ di laman sosial Instagramnya @cikb_havoc66, memaparkan Datuk Vida semasa majlis pelancaran muzik videonya, dan sekeping lagi gambar watak animasi, Donquixote Doflamingo.

Rata-rata netizen bersetuju dengan gambar tanpa keterangan itu.




Gurauan itu turut mendapat perhatian Vida sendiri yang kemudiannya memberikan ‘like’ (tanda suka) pada ‘posting’ berkenaan.


Sehingga kini, ‘posting’ tersebut mendapat lebih 5,263 ‘like’.

No comments

Powered by Blogger.