Header Ads

Bius Tak Berkesan, Ibu Ini Mengalami Proses Bersalin Secara Cesarean Yang Penuh Trauma Dan Menyakitkan..


Proses bersalin merupakan satu pertaruhan nyawa buat ibu dan anak.Seorang ibu di Indonesia, Senja Nababan berkongsi pengalaman traumatik semasa bersalin di status Facebooknya yang baru-baru ini menjadi tular.


Peristiwa 4 tahun lalu itu ternyata masih segar diingatannya.Walaupun rasa sakit itu sudah tiada, namun dia masih tak dapat melupakan trauma yang dilaluinya ketika melahirkan bayi kembar tersebut.


Zane Melsen Siregar dan Zake Melsen Siregar telah dilahirkan dalam keadaan yang sihat melalui prosedur ceaserean. 


Tapi yang menjadi masalah ialah bius ygn diberikan kepada si ibu tidak berkesan!

Dengan niat berkongsi pengalaman, ibu ini menulis kisah bersalinnya di akaun Facebook peribadinya, Naomi Nababan:

Dia memulakan ceritanya dengan bius epidural yang diterima semasa prosedur ceasarean. 

Yang menjadi tanda tanya ialah, selesai pembedahan, dia dapat menggerakkan kakinya!

Melalui pengalaman beliau sebelum ini, badannya akan rasa kaku dan tidak dapat digerakkan. Namun kali ini, dia dapat menggerakkan jari kakinya.

Image may contain: one or more people, people sleeping, baby and indoor

Jururawat menyatakan yang semua dalam keadaan yang baik, tapi rasa sakit yang dialami Senja tiba-tiba terasa terlalu kuat.

Dia tidak dapat menahan kesakitan yang dialaminya. 5 minit, 10 minit, hingga 7 jam, namun tiada kemajuan langsung. Walaupon doktor sudah menambah dos bius.

“Walaupun telah diberi ubat tahan sakit infus, penenang, morfin dan saya tidak tahu apa yang ditampalkan di lengan saya, saya rasa saya mendengar jururawat menampal, walaupun kurang jelas,” kata isteri kepada Rimmeld Anthonius Siregar ini.


Image may contain: one or more people, people sleeping, baby and closeup

Bius yang dimaksudkan ialah bius tempatan yang cara penggunaannya ialah dengan ditampal. Setelah menggunakan bius tersebut, rasa sakitnya berkurang.

Ketika dia hendak membuang air kecil buat pertama kali, Senja terkejut. Terdapat kain kasa tergantung di vaginanya!

Ada kain kasa tertinggal di dalam rahim!

Sejak melahirkan anak pertama, Naomi dan anak keduanya Josua Melsen, ini adalah pertama kali Senja mengalami hal ini.


“Saya tidak nampak kaitan antara kain kasa yang tertinggal atau ditinggalkan di rahim saya dengan ubat bius yang seperti tidak dapat dirasa kerana ubat itu disuntik pada tulang belakang saya.

Sementara kain kasa itu di dalam rahim,” kata ibu dari wilayah Batam Center ini.

Keluarganya telah bertanyakan hal tersebut. Namun mereka tidak mendapat sebarang penjelasan.

Malah, ucapan maaf juga tidak diberikan oleh pihak hospital berikutan bius yang tidak berkesan serta kain kasa yang tertinggal dalam rahim itu. 

Image may contain: one or more people and baby

Sedangkan pengalaman bersalin itu sungguh menyakitkan dan memberi trauma pada Senja.

“Tiada kata maaf dari pihak doktor atau jururawat, malah kami belum mendapat penjelasan mengapa bius hilang secepat itu dan berkenaan kain kasa itu juga.

Image may contain: one or more people, people sleeping and baby

Kenapa kami tidak diberitahu terlebih dahulu?” 

“Semasa kejadian itu, pihak doktor langsung tidak rasa bersalah, malah sempat bertelagah dengan adik saya, hingga doktor tersebut berkata ,’saya lebih arif dengan masalah ini, bukan Puan!’.“


Senja memberitahu yang tiada sebarang pampasan diberikan oleh pihak hospital. Semasa prosedur ceasarean itu juga, dia telah memasang alat perancang keluarga.


“Malah kami membayar lebih kerana kami baru tahu yang melahirkan anak kembar akan dikira dua kali ganda jika menggunakan insurans Jamsostek.“


Penjelasan doktor tentang kain kasa yang tertinggal 

Berdasarkan apa yang terjadi kepada Senja, doktor Abd Halik Malik, MKM menjelaskan yang kain kasa tersebut bukanlah berada dalam rahim seperti yang dirasakan oleh Senja.

Tentang prosedur, apa yang dilakukan ialah prosedur standard yang tidak perlu dijelaskan kepada pesakit.

“Kain kasa tersebut berfungsi untuk menghentikan pendarahan yang terjadi semasa ibu bersalin. Prosedur ini adalah normal. Dan letaknya adalah di vagina bukanlah rahim.

Prosedur ini adalah normal. Dan letaknya adalah di vagina bukanlah rahim.” jelas Ketua Perhimpuan Doktor Kecemasan Indonesia cawangan DKI Jakarta itu.


Beliau juga menyatakan yang untuk membuang kain itu, anda hanya perlu menarik ia keluar sahaja.

Malah ia tidak bahaya kerana kain kasa tersebut mempunyai ubat yang mengeringkan luka.

Doktor Halik juga menjelaskan yang dos bius setiap pesakit adalah berbeza begitu juga reaksi pesakit terhadap ubat bius. Dan ia bukanlah salah doktor.

Senja mengakui yang trauma itu tidak berlanjutan lama kerana dia fokus untuk menguruskan anak kembarnya yang banyak ragam.

GAMBAR TERKINI SI KEMBAR:

Image may contain: 2 people, people smiling, shoes, child and outdoor

Image may contain: 1 person, standing, shoes, child and outdoor

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, shoes, child and outdoor

Image may contain: 5 people, people sitting, child and outdoor

Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting


Sumber: Naomi Nababan, The AsianParent Malaysia


No comments

Powered by Blogger.