Header Ads

Bakal Lancar Single Terbaru, Janna Nick Tak Sabar Menantikan Reaksi Pendengar




Pelakon dan penyanyi Janna Nick mengakui tidak sabar mahu menantikan reaksi pendengar terhadap single terbarunya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.


Menurut Janna, 22, dia bakal tampil dengan dua single terbaru iaitu solo dan duet bersama pelakon, Alvin Chong. Sebelum ini, single pertama Janna Mungkin Saja mendapat tempat di hati peminat dan kali ini pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk single keduanya.


"Ramai peminat yang tanya bila saya hendak tampil dengan single baharu dan dah alang-alang mereka tunggu lama saya terus keluarkan dua single sekali gus.

"Kedua-dua lagu tersebut bakal menjadi lagu tema untuk drama Coffee Prince.


"Tetapi sejujurnya saya tak sabar menanti reaksi pendengar apabila kedua-dua single ini akan dikeluarkan November ini.
"Cumanya buat masa sekarang judul untuk lagu tersebut belum ada lagi dan lagu solo kedua saya itu mendapat sentuhan daripada penyanyi Hael Husaini.,"

Kami doakan semoga Janna terus sukses.




Sumber : Astro Gempak.


No comments

Powered by Blogger.