Header Ads

Anak Perempuan Berusia 3 Tahun Hilang Selepas Bapa Angkat Denda Berdiri Bawah Pokok Belakang Rumah Bersendirian Pukul 3 Pagi Kerana Enggan Minum Susu..


TEXAS- Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dilaporkan hilang setelah ditinggalkan di luar rumah oleh bapanya gara-gara tidak mahu minum susu.

Sherin Matthews yang mengalami masalah perkembangan dan komunikasi dikatakan hilang sejak Sabtu lalu.


Dia hilang selepas didenda berdiri di bawah sebatang pokok yang terletak 100 kaki dari laman belakang rumahnya kira-kira pukul 3 pagi.


Susulan itu, bapanya Wesley, telah ditahan polis di Texas dan didakwa kerana mengabai dan membahayakan kanak-kanak tersebut.

Young girl goes missing after father 'leaves her outside for not drinking milk'
Wesley Matthews

Polis Richardson berkata, Matthews didakwa atas kesalahan itu kerana tindakannya menjadi punca kehilangan Sherin.

Matthews bagaimanapun telah dibebaskan dengan bon jaminan sebanyak $250,000 (RM105,4375).


Polis menggunakan bantuan anjing pengesan dan helikopter dalam misi pencarian itu.

Malah mereka turut menggunakan khidmat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bagi menggeledah dan menyiasat kediaman mereka.

Sherin diambil sebagai anak angkat oleh Matthews dari sebuah rumah anak yatim di India dua tahun lalu.

Dan sehingga kini, (hari keempat) kanak-kanak tersebut masih belum ditemui, orang ramai turut bekerjasama membantu mencari kanak-kanak tersebut. Semoga kanak-kanak tersebut dijumpai dengan selamat..-PENMERAHPRESS

VIDEO:


No comments

Powered by Blogger.