Header Ads

"Alhamdulilah..." - Laudya Cynthia Bella Jawab Soal Hamil




Baharu sahaja sebulan bernikah dengan Engku Emran pada 8 September lalu, pelakon Laudya Cynthia Bella dikhabarkan sudah hamil.



Detik Hot telah mendapatkan kenyataannya ketika berkunjung ke kedai kek Bella iaitu Bebelly Bakery yang terletak di Jakarta hari ini.

Bella yang tidak mahu menidakkan pertanyaan itu hanya meminta agar mendoakan yang terbaik untuknya.

"Alhamdulillah, amin..


"Belum lagi. Itu (hamil) doa untuk saya.

"Saya tidak mahu mengiyakan atau menidakkan," katanya.


Pelakon Syurga Yang Tak Dirindukan itu tidak berniat mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Engku Emran dan Bella bernikah pada 8 September lalu di Kuala Lumpur, Malaysia.

Sumber:Detik Hot

No comments

Powered by Blogger.