Header Ads

Abang Mengaku Ayah Tiri Memang Panas Baran..


KUANTAN- Muhammad Al-Asraf Danial Mohd Al-Assadi, 16, abang sulung kepada kanak-kanak berumur 10 Tahun yang dijumpai dirantai pada tong gas mengakui bapa tirinya seorang yang panas baran.



“Terkejut bila dengar berita ni dan kesal dengan tindakannya. Sebelum ni, adik pernah mengadu bapa tiri selalu memukulnya.

“Sukar saya bantu adik sebab saya pun tak sanggup tinggal bersamanya dan kini terpaksa menumpang di rumah kawan sejak beberapa bulan lalu.


“Saya juga pernah dipukul ketika berusia 12 tahun hingga cedera. Parut pun masih ada sampai sekarang,” katanya.

Muhammad Al-Asraf berkata, dia amat berharap bapa kandungnya yang tinggal di Melaka tampil membantu.


“Saya makin buntu sebab saya sukar hubungi ayah kandung kerana telefon saya rosak menyebabkan saya terlupa nombor telefon bimbitnya,” ujarnya.

Sumber- Sinar Harian

No comments

Powered by Blogger.