Header Ads

732 Booth Usahawan Bakal Dibuka & Akan DiGEGARKAN Oleh Amy Search, Ella, Ayda Jebat & Aiman Tino Pada 19-22 OKT 2017 Di Karnival Usahawan Desa PWTC (KUD 2017)



Karnival Usahawan Desa 2017 (KUD 2017) yang dijadual berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) minggu depan dan akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata karnival yang akan berlangsung selama empat hari bermula 19 Oktober hingga 22 Oktober itu turut akan menghimpunkan seramai 700 usahawan luar bandar di seluruh negara.
Katanya, KUD 2017 yang bertemakan 'Usahawan Desa Produk Global' akan memberi tumpuan khusus kepada usaha memperluaskan akses pasaran produk atau perkhidmatan luar bandar ke bandar, seterusnya ke luar negara.
"Berbeza dengan tahun 2015, kali ini kita memperkenalkan 'Trade Day' iaitu platform jaringan perniagaan antara pihak industri bersama hypermarket, pemasar dan pembeli bersama usahawan.
Majlis Perasmian KUD 2017 dijadual disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Merdeka, PWTC, 20 Oktober ini.
"Penganjuran KUD 2017 membabitkan 732 penyertaan khemah pameran merangkumi 691 khemah usahawan, 30 syarikat swasta dan agensi kerajaan serta 11 daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta agensi kementerian.
"Pengguna dan masyarakat mempunyai pilihan lebih 700 produk jenama keluaran usahawan luar bandar.

Aktiviti Utama KUD 2017 merangkumi:-

  1. Jualan Produk-Produk Usahawan yang terbahagi kepada 6 kluster (Makanan dan Minuman, Produk Pertanian, Gaya Hidup, Kesihatan & Kecantikan, ICT dan ICT Kreatif dan Perkhidmatan & Pelancongan)
  2. Trade Day & Business Matching (Sesi engagement industri bersama 80 usahawan syarikat pemasar berpotensi, Seminar keusahawanan dan Business Matching bersama 65 syarikat berpotensi)
  3. Forum Siswapreneur
  4. Persembahan Kebudayaan
  5. Demonstrasi Produk dan Kraftangan
  6. Demonstrasi Masakan

KUD 2017 akan turut diserikan dengan Malam Orkestra Desa Tercinta yang akan diadakan pada hari Jumaat, 20 Oktober 2017 di Dewan Merdeka yang akan menampilkan:-

  • Orkestra Tradisional Malaysia
  • Jamal Abdillah
  • Siti nordiana
  • Khai Bahar

Manakala Konsert Kemuncak KUD 2017 pula akan diadakan keesokan harinya pada Sabtu, 21 Oktober 2017 dari jam 9 hingga 10.30 malam juga bertempat di Dewan Merdeka, PWTC. Antara artis yang akan menghiburkan para pengunjung adalah:-

  • Ella
  • Amy Search
  • Ayda Jebat
  • Dafi
  • Aiman Tino
  • Haqiem Rusli
  • Elly Mazlein

KUD 2017 akan turut dimeriahkan dengan booth DESAMALL @KKLW yang terdiri daripada Rural Business Challenge (RBC), Desamall Online, Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED), Desa Lestari, Road To Hypermarket, program Mobilepreneur dan Penggambaran RBC 2017.

Aktiviti-aktiviti tarikan pengunjung lain termasuklah Pertandingan Solekan, Treasure Hunt, Karakter Animasi, Child Care  Centre/Playland, Program Bersama DBP, Pertunjukan Fesyen Busana Muslimah dan Cabutan Bertuah. 

No comments

Powered by Blogger.