Header Ads

21 Orang Pengikut Fahaman SYIAH Ditangkap Sewaktu Majlis Ajaran Syiah Berlangsung..


JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan 21 lelaki berusia antara 21 hingga 67 tahun di sebuah rumah di Ulu Tiram, malam tadi, selepas disyaki mengadakan majlis yang berkaitan dengan fahaman Syiah.


Menurut laporan BH, serbuan pada 10.05 malam itu hasil risikan Bahagian Penguatkuasaan JAINJ dan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah JAINJ, Amran A Rahman, berkata mereka yang ditahan di rumah Hauzah Syiah itu termasuk tiga lelaki warga asing.


"Mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana mengingkari pihak berkuasa agama yang dinyatakan melalui fatwa.


"Mereka ditahan dan dibawa ke pejabat Bahagian Penguatkuasaan JAINJ untuk disoal siasat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

No comments

Powered by Blogger.