Header Ads

Wanita Meninggal Dunia Akibat Di Santau Melalui Gambar Yang Di ‘Upload’ Di Media Sosial..

Gambar sekadar hiasan.

Aku rasa aku nak share apa yang aku hadap dengan arwah tunang aku. Bukan untuk buka aib, tetapi mahu kalian mengambil iktibar dari kisah aku. 

Aku kenal dengan tunang aku masa zaman matrik lagi. Berkawan bertahun-tahun sampai kami ambil keputusan untuk bertunang pada 26 Disember 2015. Masa itu pun, aku dah final year. Ikut perancangan, nak ikat setahun. InshaAllah 25 Disember 2016 kami akan berkahwin.


Di awal pertunangan, tiada masalah. Masing-masing sediakan apa yang patut. Setahun bukan sekejap, masing-masing pula memang sedang sibuk dengan fyp segala tok nenek dia. 

Tetapi bermula pada bulan Mei, perangai dia berubah sedikit demi sedikit. Dia menjadi panas baran. Salah sikit, nak melenting. Lambat reply chat, nak maki hamun. Makin hamun itu memang teruk sebab sepanjang perkenalan kami, tak perlu lagi aku atau dia mencarut pada masing-masing walau bodoh sekalipun. 

Bukan acah baik atau suci, sebab dia paling pantang orang mencarut ini. Aku pernah kena sound setepek bila terlepas sebut sial. Sejak dari itu, aku menjadi lelaki yang tidak mencarut di depan tunang. Tetapi di belakang, aku bantai sebut saja semua itu. Hahaha!

Bila dia dah mula mencarut, memang aku sound dia balik. Tetapi aku kena maki balik. Pelik itu memang pelik tetapi aku fikir,

"Oh, inilah agaknya dengan apa yang dimaksudkan ujian bertunang..."

Mungkin dia sengaja mahu menguji aku sanggup atau tidak melayan kerenah dia. Sayang punya pasal, aku cuba untuk redha kena maki dengan dia. Bukan bodoh rela kena maki. Aku tahu dia akan berubah nanti, inshaAllah. Jadi aku teruskan melayan dia seperti biasa.


Satu hari dia hantar mesej di WhatsApp pada bulan Julai kalau tak silap. Dia minta untuk beberapa bulan sebelum berkahwin ini, jangan berjumpa dengan dia. Lagipun pada masa itu aku dah kerja di Kuala Lumpur. Dia pula berada di Kelantan. Nak jumpa, memang susah. 

Aku tanyalah, tak akanlah tak boleh nak berjumpa langsung, nak uruskan hal perkahwinan apa semua? Tetapi dia berkeras tak nak jumpa. Kami hanya akan berjumpa pada tarikh akad nikah, which is settle dengan keluarga masing-masing. Kalau ada benda penting pun just contact through social media saja. 

Aku tak kisah pun, benda itu semua boleh settle sendiri tetapi aku naik angin juga sampai nak call pun tak boleh. Aku minta gambar dia pun tak nak bagi. Kalau sebelum ini, setiap hari boleh hantar gambar. Sampai penuh memory phone aku dengan gambar dia saja. Tetapi tak apalah, sabar untuk beberapa bulan. Nanti bila dah kahwin, aku hadaplah muka dia hari-hari. 

Sehingga 3 Oktober 2016, setelah seminggu lebih dia tak balas mesej aku, tak angkat call, adik dia hantar mesej WhatsApp pada aku. 

"Abang Shah, boleh datang Kelantan a.s.a.p tak? Ada hal penting yang nak dibincangkan," katanya. 

Masa itu aku tengah lepak di kedai mamak jam 12.30 pagi. Aku dah rasa tak sedap hati bila dia hantar mesej seperti itu. Aku balik rumah, kemas baju dan terus pergi. Aku tiba di Kelantan jam 10 pagi. Aku terus call adik dia sebab adik dia nak kami bincang di luar rumah, bukan di rumah dia. Aku dengan mata rabak, tak mandi, gagahkan diri juga menunggu di Taman Anis kalau tak silap. 

Sampai saja, adik dia terus tanya, "Abang ada contact akak tak?".

Aku jawablah dah seminggu lebih tak contact akak dia. 

"Akak ada tak cerita apa-apa dengan abang?" soalnya. 

"Tak ada apa pun. Kami jarang contact. Dia busy sangat katanya."

"Abang tak tahulah apa yang terjadi pada akak selama ini?" soalnya dengan muka terkejut. 

Rasa tak sedap hati aku semakin meninggi bila dia tanya begitu. Dalam kepala aku fikir tunang aku dah berlaku curang dengan lelaki lain dan nak putuskan pertunangan. Terpengaruh dengan drama Melayu punya jalan ceritalah ini. 

Aku minta adik dia cakap terus terang. Otak aku dah penat nak fikir lebih-lebih. Jadi dia pun mulakan dengan ayat,

"Akak sakit."

"Sakit apa?"

"Kena buatan orang." 

Oh damn! Aku tergamam dengan benda ini dari mulut adik dia. 

"Cerita sampai habis, abang nak tahu..." 

"Kami semua tak tahu bila akak kena. Kami perasan sejak bulan Mei, perangai dia dah mula pelik-pelik. Marah-marah. Suka keluar tengah malam tak tahu ke mana. Suka duduk dalam gelap, mula tak solat, melawan cakap abah dengan umi dan paling teruk bila dia tak pergi kerja. Tak mandi sampai berhari-hari dan makan banyak gila. Dia boleh habiskan dua periuk nasi dalam sekelip mata saja.


"Umi panggil ustaz datang, pergi darul syifa, berapa ramai ustaz kami panggil pun kakak masih macam itu juga," katanya. 

Aku mencelah, pelik kalau apa yang adik dia ini cerita tunang aku jadi begitu sejak dari bulan Mei. Tetapi aku tak contact dia baru seminggu. Sebelum itu memang jarang sangat tetapi still keep in touch. Kalau betul, then siapa yang reply mesej aku selama ini? Takkanlah hantu sial? Ke dia ni saja nak menipu aku sebab nak berselindung kakak dia curang? 

"Akak tak bercakap dengan kami satu keluarga dan kami pun tak pernah nampak dia pegang telefon. Tak tahu pun mana dia simpan phone dia itu. 

"Pernah umi nak call abang tetapi tiba-tiba akak muncul dan kata, 'kalau sesiapa berani contact Shahir, aku keluar dari rumah ini'. Tipu kalau kami semua tak pernah nak beritahu abang. Tetapi setiap kali nak contact, kakak macam tahu dan umi pun suruh kami rahsiakan dulu. Umi nak usaha ubatkan kakak dan kalau boleh tak nak benda ini kecoh. Umi takut abang nak putuskan pertunangan ini bila abang dapat tahu keadaan kakak macam ini. 

"Saya minta abang datang sebab kakak dah teruk, dia tak boleh bangun. Badan dia berat sangat, tak boleh nak angkat. Dia kuat makan, setiap kali makan dua periuk nasi. Dia makan baring macam kucing makan. Badan dia macam orang tua. Kalau tengok badan dia macam mereput. Ustaz semua kata dia kena buatan orang tapi tak boleh nak buang. Buang je, benda itu datang semula," ceritanya. 

Aku pun dah tak nak dengar panjang-panjang. Aku nak tengok sendiri keadaan dia macam mana. Sebenarnya aku masih tak boleh terima dan dalam masa yang sama aku nak tahu apa yang dia cerita ini bukan rekaan semata-mata. 

Sampai di depan rumah, masuk aku nak masuk rumah terhidu bau busuk yang tersangat busuk gila, babi punya busuk. Macam bau bangkai dan hanyir. Bau yang taku tak boleh nak tahan. Aku tengok adik dia ini relaks saja masuk ke dalam rumah seperti tak ada hidu bau apa-apa. 

Aku pun masuk ke bilik tunang, kali ini baunya tiga kali ganda busuk dari bau pertama yang aku hidu semasa mula-mula masuk ke rumah mereka. Sumpah aku rasa nak muntah, terpaksa tekup hidung guna baju pun bau masih kuat. Bayangkan bau beratus-ratus ekor bangkai dan hanyir darah dalam satu bilik. Sumpah busuk, sumpah. 

Masa itulah aku tengok dia tengah terbaring atas lantai seperti apa yang diceritakan oleh adiknya itu. Badan dia seperti mayat hidup yang mereput. Badan dia seperti melekat di lantai, melengkung ke bawah. Tapak kaki dia rapat kena lantai, muka cengkung. Sumpah aku terkedu bila tengok dia. 

Dari seorang wanita yang aktif dan ceria bertukar menjadi mayat hidup. Aku gagahkan diri datang dekat dengan dia. Dia tengok aku dan dia tergelak mengilai-gilai. Aku nak cerita ini pun rasa tegak bulu roma. 

Dia non stop gelak, aku memang nak cabut keluar. Siapa tak seram, hanat! Baru aku nak berpaling, dia stop gelak dan dia kata, 

"Kau takkan dapat perempuan ini. Dia milik aku. Selamanya akan menjadi milik aku."

Ye, suara lelaki yang garau macam KimK. Aku tanya, 'kenapa kau pilih dia? Apa salah dia dah buat dengan kau?'. 

"Salah dia sebab pilih lelaki bodoh macam kau," balasnya. 

Aku baru nak sambung tanya, bapa dia datang dan tarik aku keluar. Kampun berbincang tentang apa nak dibuat pada dia. Aku bab benda-benda ini bukan tahu sangat, ilmu pun cetek. Bapa dia kata, dia dah jumpa seorang ustaz ini. 

Malam selepas isyak, ustaz itu datang. Jadi aku tinggal di rumah mereka sampai ustaz itu datang. Dipendekkan cerita berdasarkan apa yang dikatakan oleh ustaz berkenaan, ada orang bomohkan dia guna gambar. Orang yang melakukan perbuatan itu adalah orang yang rapat dengan dia. Tetapi tidak disebut pula namanya. 

Ustaz itu kata dia boleh buang, cuma ambil masa yang lama sebab 'benda' yang dihantar ini bukan calang-calang punya 'benda'. Lama dia berubat, makan masa sebulan lebih. Kami terpaksa tangguhkan majlis perkahwinan, tunggu sampai dia benar-benar sihat baru boleh diteruskan. 

Alhamdulillah dia semakin sihat, dah boleh bercakap, makan pun dah okay. Tetapi dia okay untuk tiga hari sahaja. Kemudian benda itu datang balik dan keadaan dia semakin teruk sehingga 8 Januari 2017, dia meninggal dunia pada jam 11.23 malam. 

Aku dengan keluarga gerak ke Kelantan pada malam itu juga sebab arwah dikebumikan selepas waktu Zohor. Aku sempat berjumpa dengan ustaz yang mengubatinya itu. Apa yang ustaz itu beritahu membuatkan aku tersentak. 


"Selepas ini kalau boleh, jangan masukkan gambar dalam internet sebab arwah kena begini kerana ada orang itu curi dari gambar yang ada di internet," katanya. 

Sejak dari itulah keluarga kedua-dua belah pihak buang semua gambar-gambar di sosial media. Mujur aku ada password dia untuk semua akaun sosial media dia. 

Aku bukan buang gambar aku sahaja, aku terpaksa delete semua akaun aku. Aku paksa semua keluarga aku buat begitu. Sebab itu kalau kau tanya kenapa aku tutup, ini jawapan aku. Memang aku lelaki tetapi kalau benda nak kena, tak kira siapa. Jadi itulah cerita tentang arwah tunang aku. 

Aku nak nasihatkan, jangan terlalu galak masukkan gambar, update tentang life kita di media sosial. Orang sekarang gila, macam-macam boleh buat. Aku tak nak benda ini berlaku pada orang lain, jadi tolonglah berhati-hati. Kau tak tahu macam mana teruk keadaan arwah tunang aku dulu. Seksa dia hanya Allah saja yang tahu. 

Kepada individu yang melakukan perbuatan terkutuk itu, aku tahu siapa orangnya. Hentikan semua ini. Jangan jadi bangsat. Bangsat, kau tahu bangsat? Kalau membunuh itu tak berdosa, memang aku bunuh kau. Tetapi Allah itu maha Adil. Dunia ini sementara, kau terlepas di dunia tetapi bukan di akhirat. 


Sekian saja cerita aku.

BACA SAMBUNGAN- "Power Jugak Bomoh Yang Aku Pakai Sampai Dia Boleh Mati!."


SUMBER: @SHAHIRRZZ

No comments

Powered by Blogger.