Header Ads

“Tolong Doakan Saya Agar Terus Istiqamah Dengan Penampilan Begini.”- Zila Seeron Kembali Bertudung..


DULU namanya pernah mengejutkan industri apabila ditangkap khalwat ketika masih sah bergelar isteri kepada pelawak dan pelakon Along Cham.

Zila Seeron juga menjadi bualan hangat apabila dia mengakui membuka tudung dan mewarnakan rambutnya selepas bercerai tahun lalu. Kini sekali lagi namanya meniti di bibir-bibir netizen apabila Zila Seeron kembali mengenakan hijab.


Keputusannya ini agak memeranjatkan sehingga timbul tanda tanya dalam kalangan netizen adakah dia benar-benar mahu bertudung atau mahu mempersendakan adab pemakaian tudung?

Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 29, mengakui dia kembali berhijab untuk kebaikan diri dan untuk mendapatkan keberkatan dalam hidup.


“Tolong doakan saya agar terus istiqamah dengan penampilan begini. Saya mohon maaf andai pernah mengguris perasaan ramai pihak.

“Sebagai manusia yang kerdil di bumi Allah SWT ini, saya tidak lari daripada membuat kesilapan dan terima setiap yang berlaku dengan hati yang lapang.


“Tidak dinafikan sukar untuk saya melalui situasi yang membabitkan orang ramai, namun saya perlu cekal dan tabah,” katanya dipetik laporan Harian Metro.

Bekas pelajar Akademi Fantasia musim keempat (AF4) ini khabarnya mahu membina semula kerjaya nyanyian yang telah lama ditinggalkan dan belum terlintas untuk berumah tangga kembali.


“Saya tak pernah serik untuk berkahwin lagi cuma soal jodoh ini adalah rahsia Allah SWT. Apa yang lebih utama sekarang adalah untuk mencari rezeki dan kembali aktif dalam bidang nyanyian.

“Sudah tiba masanya membina nama dalam persada nyanyian yang saya tinggalkan selepas mendirikan rumah tangga.


“Meskipun belum ada sebarang produk baru, saya masih menerima undangan menyanyi dan berharap kemunculan saya nanti disambut baik oleh peminat dan penggiat industri,” tambahnya.

Sementara itu, Zila dikatakan bakal membuat kemunculan semula bersama kumpulan Sevenation yang telah lama dikenalinya.

Dapatkan Keberkatan Hidup, Zila Kembali Bertudung

“Tiada masalah bekerjasama dengan mereka kerana kami sudah lama kenal. Insya-Allah jika semuanya berjalan dengan baik, kami akan berkolaborasi sempena kemunculan semula saya dan pada yang sama memperkenalkan bakat mereka di dalam arena muzik tempatan.


“Berkenaan genre muzik bakal diketengahkan kami, setakat ini belum ada perbincangan secara terperinci. Namun apa yang saya mampu katakan mereka adalah kumpulan muzik versatil,” ujarnya

No comments

Powered by Blogger.