Header Ads

“Tiada Siapa Yang Berkahwin Untuk Bercerai,” Pasangan Suami Isteri Ini Menemui Peguam Untuk Memfailkan Penceraian, Tetapi Apabila Peguam Tersebut Memberi Mereka 4 Soalan Ini Untuk Dijawab, Mereka Terus Mengubah Fikiran Mereka..


“Tiada siapa yang berkahwin untuk bercerai,” – ini adalah kata-kata seorang peguam perceraian di Brazil.


Dengan pemikiran seperti ini, peguam ini tidak keberatan untuk membantu pelanggannya untuk berdamai walaupun itu bermakna dia akan kehilangan potensi kliennya.

Rafael Gonçalves adalah seorang peguam dari bandar kecil Sao Sebastiao do Paraiso dan telah menjadi terkenal kerana membantu mendamaikan pertelingkahan pasangan suami isteri bersama-sama dengan menanyakan mereka empat soalan yang mudah.


Pasangan muda itu telah datang ke pejabat Gonçalves untuk meminta perceraian dan menyatakan alasan mereka. Tetapi Gonçalves mendapati bahawa pasangan itu sepertinya masih menyintai antara satu sama lain dan memutuskan untuk membantu mereka.


Dia memberi mereka senarai dokumen yang diperlukan untuk perceraian dan di bahagian bawah, dia menulis empat soalan untuk mereka menjawab sebelum mereka kembali.


Soalannya :

“1. Adakah saya telah melakukan segala yang termampu untuk menyelamatkan perkahwinan ini?

2. Adakah perceraian ini merupakan pilihan yang terbaik?

3. Siapa yang mempengaruhi keputusan saya?

4. Berapa banyak masalah yang anda hadapi bersama dan bagaimana anda bertemu? “

Pasangan itu kembali beberapa hari kemudian dan membuat keputusan untuk membatalkan perceraian itu.


Mereka juga mengambil gambar soalan itu dan mengongsikannya di media sosial, dengan harapan bahawa ia akan membantu menyelamatkan perkahwinan yang lain.


Bercakap kepada Good News Network, Gonçalves menjelaskan tindakannya, “Saya tidak fikir saya melakukan sesuatu yang istimewa dan pada pendapat saya semua rakan sekerja saya harus melakukan perkara yang sama juga. Tiada sesiapa yang memulakan perancangan untuk berpisah, dan tiada siapa yang berkahwin merancang untuk bercerai. Kita hidup dalam masyarakat yang membuang sesuatu perkara tanpa membetulkannya, dan ini juga sesuatu yang menyedihkan dalam sesebuah hubungan. “


“Kadang-kadang semua orang memerlukan seseorang untuk membantu dalam meredakan konflik sesebuah hubungan. Sejujurnya, saya masih mendapat permintaan orang yang memerlukan bantuan dalam hubungan mereka dan ada orang memberitahu saya bahawa peguam mereka mula menggunakan soalan yang sama, “katanya.-PENMERAHPRESS





Sumber: Rafael Gonçalves, Erabaru

No comments

Powered by Blogger.