Header Ads

Tahniah Datuk! Chef Wan Terima Anugerah Master Chef of the Year..


CHEF selebriti terkenal, Datuk Redzuwan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menerima dua anugerah dalam World Top Gourmet Awards 2017 yang berlangsung di Berjaya Timesquare Hotel, Kuala Lumpur, malam Selasa.

Terbaharu, Chef Wan memuat naik beberapa foto dan video di laman Instagram miliknya untuk berkongsi mengenai kemenangan itu.


"Ini betul-betul satu kejutan buat saya dalam acara malam ini, Alhamdulillah," tulisnya di Instagram.

Chef Wan turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan sesiapa sahaja mendoakan karier dan kehidupannya.
Alhamdulilah its time to go home. Thank you so much to all my wonderful fans baik sesiapa pun yg selalu mendoakan kebaikan my career, family and well being despite having to over come great challenges in life. Apa yg di lihat mau pun di dengar ada lah cuma sebahagian sahaja dari kehidupan saya sebenarnya ini. Sometimes ada dugaan yg lagi berat saya telan, membisu dan bersabar selalu pun banyak dan tidak akan saya kongsi dgn sesiapa pun melain kan dgn Allah sahaja. Nak aib kan manusia2 itu semua pun apa la guna kerana manusia2 durjana ini tak akan mengaku kesilapan mereka pun. Certain things are not meant to be shared pun. Bukan senang nak menjadi manusia yg berjaya sudah pasti ada yg tidak senang hati dgn sifat2 phd mereka. Tetapi saya selalu percaya di pihak yg benar. At the end of the day is between kita juga dgn Allah yg akan menilai segala isi hati dan perbuatan kita sesama manusia itu. Buruk atau baik di tangan kita sendiri yg menentukan. Tetapi ingat kuasa Allah itu amat besar dan dia juga pemberi segala rezeki kepada kita umat manusia. Buat la apa nak buat esok terima sahaja di hari pembalasan nanti. Rezeki Allah terlalu luas untuk manusia yg percaya kepada dia. Dia la memberi dan dia la juga yg mengambil nya semula dari kita. No one can ever stop that! As a human being always remember to stay grounded, kind and respectful. Setinggi mana pangat, darjat, harta mau pun anugerah2 kita at the end of the day di mata Allah u are just another of his creation. Tetapi saya selalu percaya apabila kita jujur dan mahu terus membuat kebaikan diatas dunia ini Allah akan tetap sayang pada kita and provide a special place for us next to him. Take that challenge, face whatever u need to face with dignity and honesty dan yg lain2 itu dont expect much out of life melain kan hati kita kena selalu belajar bersyukur dan jgn sesekali tanam sifat phd itu diatas kejayaan sesaorang itu. Ada la lebih baik kita selalu kena tanam semangat sifat2 mahu berusaha dan menjadi kan contoh2 manusia yg berjaya ini as sumber inspirasi kita supaya lebih gigih untuk memaju kan diri kita sendiri, bangsa, negara dan agama kita sendiri. U cant never loose yourself in this life by this principals!
A post shared by chef wan (@chefwan58) on

Dalam acara itu, Chef Wan, 51, menerima anugerah Food Ambassador dan 2017 Master Chef of the Year.


Laman Instagram Chef Wan turut dibanjiri komen netizen yang tidak putus-putus memberi ucapan tahniah kepadanya.


"Tahniah, memang layak dan sewajarnya anugerah sebegini diberikan kepada Chef Wan," tulis salah seorang pengikutnya di Instagram. 

"Alhamdulillah. Congrats Chef, teruskan melakar kejayaan di persada dunia. Kami bangga," tulis seorang lagi pengikutnya.


Chef Wan memiliki ijazah dalam Latihan Profesional Chef dan Pengurusan Hotel dari California Culinary Academy di San Francisco, Amerika Syarikat.


Di peringkat antarabangsa, beliau telah dinobatkan sebagai 'Selebriti Chef Terbaik Dunia' di 'World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009' selain menerima gelaran 'Friends of Thailand Award' pada 2010 daripada kerajaan Thailand.-Penmerahpress

No comments

Powered by Blogger.