Header Ads

SIRIM Nafi Ada Kerjasama Dengan Syarikat Tawar Rumah Mampu Milik Boy Iman Dan Tidak Beri Kebenaran Guna Logo SIRIM Berikut Adalah Kenyataan Penuh Dari SIRIM..


Sirim Berhad menafikan bekerjasama dengan syarikat DBI Technology Sdn Bhd dalam sebarang bentuk promosi lapor mStar.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, agensi itu memaklumkan bahawa ia juga tidak pernah mengadakan sebarang kajian, ujian produk termasuk perkhidmatan membabitkan syarikat tersebut. 


“Sirim juga tidak memberikan pensijilan atau kebenaran kepada DBI Technology untuk menggunakan logo korporat Sirim dalam sebarang bentuk promosi ke atas sebarang produk atau perkhidmatan miliknya.

“Oleh itu, Sirim tidak akan bertanggungjawab di atas segala akibat atau kesan yang dilakukan oleh DBI Technology,” menurut kenyataan itu.



Kenyataan dikeluarkan Sirim dan CIDB berhubung logo korporat kedua-dua syarikat itu pada promosi DBI Technology. Foto FB Sirim Berhad dan CIDB Malaysia

Sebelum ini tular di media sosial mengenai promosi Jom Bina Rumah bersama DBI Technology dengan harga mampu milik, yang memaparkan logo Sirim.

Promosi tersebut turut memaparkan gambar pelakon dan usahawan, Datuk Boy Iman selaku Ketua Pegawai Eksekutif DBI Technology dan penyanyi, Datuk Nassier Wahab sebagai dutanya.


Jumaat lalu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan logonya turut dipaparkan pada promosi itu menjelaskan bahawa ia tidak pernah membenarkan DBI Technology menggunakan logo korporatnya.

Image may contain: 2 people, people smiling, text

Menurut CIDB dalam satu kenyataan, ia tidak menerima sebarang permohonan penggunaan logo korporatnya daripada syarikat tersebut.-Pen Merah Press



Untuk keterangan lebih lanjut tentang pembongkaran scheme ini, boleh baca di PW Comunity..

Sumber: SIRIM, mStar


No comments

Powered by Blogger.