Header Ads

‘Sedih, Kucing Saya Dilanggar Lari Oleh Kereta Dihadapan Rumah, Mudah-Mudahan Allah Ampunkan Perbuatan Anda.’- Melly Goeslaw..

Sedih, Kucing Melly Goeslaw Dilanggar Lari Kereta
KUCING sememangnya menjadi haiwan peliharaan kegemaran manusia, termasuklah Nabi Muhammad s.a.w sendiri.

Oleh itu, bagi mereka yang memelihara haiwan comel ini, pasti anda akan tahu bagaimana sakitnya rasa kehilangan jika si manja itu mati.


Semalam, pelantun lagu Ku Bahagia, Melly Goeslaw telah berkongsi rasa sedihnya selepas kehilangan mamalia kesayangannya itu yang diberi nama Jessica.

Lebih tragik, kucing malang tersebut dikatakan telah mati akibat dilanggar lari oleh sebuah kenderaan di hadapan rumahnya sendiri.


“Sebelum azan Asar tadi kucing saya telah dilanggar kereta dan individu itu terus cabut lari. Tolong lah siapa pun yang langgar kucing saya, sepatutnya anda berhenti dan tanam kucing saya.


“Mudah-mudahan Allah mengampunkan perbuatan anda kerana tidak sengaja melanggar kucing saya,” tulis Melly pada rungan kapsyen gambar kucingnya yang memaparkan ia sedang berlumuran darah itu.

Pada tahun lepas, seekor lagi kucing miliknya yang diberi nama Kartini telah didapati menghidap penyakit paru-paru berair.


Kucing itu telah dimasukkan ke sebuah wad selepas lima hari menjalani pemeriksaan kerana mengalami masalah untuk bernafas.

Jadi, selepas ini jika anda berhadapan dengan situasi terlanggar kucing atau haiwan lain, sebaiknya mayat haiwan itu dikuburkan. Bukan apa, takut nanti ia terseksa dan mayatnya mereput dimakan tanah.


Kasihan si manja, mayat tidak diuruskan dengan sempurna. Mungkin jika kita berbuat baik kepadanya, ia akan mendoakan kita di sana nanti.-Penmerahpress.

Kredit:Mynewshub

No comments

Powered by Blogger.