Header Ads

“SAYA Yang Pernah Melalui Pengalaman Sebegini… Tahu Betapa MAHA HEBAT Ujian Sebegini… Saya Terkenang… Dua Anak Yang Sedang Tunggu Saya Di Syurga… Syurga TERTINGGI Seperti Yang Mereka Selalu Doakan.” DSV Turut Sedih, 2 Anaknya Juga Pernah Terkorban Dalam Kebakaran..


MUNGKIN ada masih mengingati peristiwa hitam yang telah menimpa keluarga usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida pada tahun 2013 yang lalu.

Beliau yang juga mesra disebut sebagai DSV pernah kehilangan dua orang anak lelakinya dalam kejadian kebakaran di rumah penginapan pekerjanya dekat Meru Hill, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak.

Justeru tidak hairanlah jika DSV turut terkesan dengan kejadian kebakaran yang menimpa pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada awal pagi Khamis lalu.


DSV bahkan telah memuat naik dua video asal yang telah disunting oleh pekerja Rizalman sendiri. Kapsyen yang ditulis oleh DSV itu juga sangat menyentuh hati.

“SAYA yang pernah melalui pengalaman sebegini… Tahu betapa MAHA HEBAT ujian sebegini… Saya terkenang… Dua anak yang sedang tunggu saya di Syurga… Syurga TERTINGGI seperti yang mereka selalu doakan,” tulisnya.

Anak DSV yang terkorban ialah Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan adiknya seorang lagi, Muhammad Edrie Zikrie, 10, serta seorang lagi pekerja syarikat itu, Muhammad Norsyamil Zaidi, 26.

Dikatakan ketika kejadian itu, Vida sedang berasa di Pulau Pinang atas urusan kerja dan telah menerima panggilan memaklumkan mengenai rumahnya yang terbakar.

Dalam kejadian yang berlaku pada sekitar empat tahun yang lalu, dua orang pekerjanya dapat menyelamatkan diri manakala seorang lagi dikatakan telah patah kaki.

“Hadapilah dengan kuat, memang kena hadap… Yang berlaku ini tidak banyak beza… kebakaran… Tapi 2 putera saya tak hangus… Lemas asap.. Fizikal mayat mereka… Tak tercalarpun…

“Walau rumah saya tu.. Jadi abu. Mereka dilindungi. Redha.. takwa, pasrah saja.. Untuk raih kejayaan dan hikmah baiknya.. ADA UJIANYER.. Al-Fatihah..

“Untuk anak2 tahfiz dan anak saya Eddy dan Edrie… Semoga semuanya ditempatkan di syurga tertinggi… Aminnn,” tulis DSV lagi pada akhir kapsyen itu.

Meratapi kisah pemergian anak tahfiz Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, 14 September 2017 . . Semoga saudara dan sahabatnya Tidak akan putus dan berhenti berdoa.. ..hadiahkan Al-Fatihah sampai bila2 . . Saya terkenang.. Dua anak yg sdg tunggu saya di Syurga.. Syurga TERTINGGI seperti yg mrk selalu doakan.. . . Mmg payah nak terima awalnya Tapi sampai skrg.. Saya rasa mereka seolah masih ada dgn Saya lg.. Walaupun dalam Memori sahaja.. Mereka menunggu...menunggu.. Saya di syurga.. Sebak.. Pedih.. Dan berdebar jantung . . Bkn mudah yer syg.. Hadapilah dengan kuat Mmg kena hadap.. Yg berlaku ini tidak byk beza..kebakaran.. Tapi 2 putera saya tak hangus.. Lemas asap.. Fizikal mayat mrk.. Tak tercalarpun.. Walau rumah saya tu.. Jadi abu.. ..mrk dilindungi.. REDha .. takwA, pasrah saja.. Untuk raih kejayaan dan hikmah baiknya.. ADA UJIANYER.. Al-Fatihah.. Untuk anak2 tahfiz Dan anak saya Eddy dan Edrie.. Semoga semuanya ditempatkan d syurga tertinggi Aminnn.. . BERTABAHLAH.. Keluarga arwah semua.. Mrk dijemput Ilahi.. Hari Jumaat..
A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on


Sebuah kereta Bentley dan kereta Perodua Kancil dan beberapa motosikal turut rosak dalam kebakaran. Hati ibu mana tidak sedih bila anak yang dikandungkan 9 bulan telah meninggalkannya dalam keadaan menyayat hati.

Jenazah dua anaknya dijumpai di dalam bilik air banglo itu dan dikatakan ketika itu mereka berdua masih lagi memakai baju Melayu yang sepatutnya menjadi pakaian ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika itu.


Kebakaran itu juga telah menyebabkan separuh daripada sisi rumahnya telah musnah dan kini rumah itu masih lagi dijadikan tempat penginapan pekerjanya serta tempat beliau menyimpan kereta-kereta mewah miliknya.

Namun itu bukanlah penamat bagi Vida untuk terus berjaya. Kini, Vida lebih tabah menghadapi ujian hidup bersama dengan dua lagi anak kesayangannya iaitu Cik B dan Kachak.

No comments

Powered by Blogger.