Header Ads

"Saya Tidak Boleh Bagitahu," Anak-Anak Tahfiz Terselamat Kebakaran Ditempatkan Di Lokasi Rahsia..


Pelajar-pelajar tahfiz yang terselamat dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di sini, ditempatkan di satu lokasi rahsia, lapor Berita Harian.

Menurut Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah, Muhammad Zahid Mahmod, semua pelajar ini tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing di mana mereka telah diberi arahan untuk tinggal di satu lokasi rahsia buat sementara waktu.


Beliau menyatakan tidakan itu diambil bagi melindungi mangsa diganggu dan didekati pihak tertentu.

Jawapan yang diberikannya ketika ditanya lokasi mangsa-mangsa terselamat itu dan berapa jumlah mangsa terselamat, beliau hanya menjawab "ia rahsia".

"Saya telah diberi arahan daripada Ketua Polis Negara dan pihak autoriti lain supaya tidak mengulas lanjut berhubung insiden kebakaran ini," katanya ketika ditemui di perkarangan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini, hari ini.


Muhammad Zahid dalam pada itu turut menafikan bahawa ada pihak yang memusuhi pihaknya sehingga menjadi ancaman kepada pusat tahfiz berkenaan.

"Sepanjang 16 tahun pusat tahfiz itu dibuka, tidak pernah sekali pun berlaku insiden yang pelik."

"Tragedi kebakaran ini sesuatu yang berlaku tiba-tiba dan mengejutkan. Saya tak boleh ulas lanjut," katanya.-Pen Merah Press

No comments

Powered by Blogger.