Header Ads

“Saya Sebelum Ni Dah Bernazar Untuk Bawa Keluarga Terutama Ibu Bapa Saya Apabila Perniagaan Saya Sudah Sampai Ke Satu Tahap Seperti Sekarang.” – Sajat Bakal Tunaikan Umrah Bersama Keluarga Disember Ini..



Rancangan usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat untuk menjalani ibadah umrah pada Disember ini bagi menunaikan nazar di atas kejayaannya dalam bidang perniagaan lapor mStar.

Pada awalnya Sajat yang merancang untuk ke Tanah Suci bersama keluarga pada Julai lalu terpaksa ditunda ke hujung tahun ini disebabkan beberapa isu yang tidak dapat dielakkan.


Sajat berkata, masalah insolvensi di pihak keluarganya perlu diselesaikan terlebih dahulu, selain faktor kesihatan bapanya yang perlu menjalani rawatan mata ketika itu.

Bagaimanapun, hal berkaitan insolvensi yang memerlukan pihak keluarga Sajat melalui proses mahkamah telah menimbulkan dakwaan kononnya usahawan itu berurusan di badan kehakiman itu bagi membuat permohonan berhubung pengesahan jantinanya sebagai wanita.


Sajat mengumumkan mengenai rancangannya untuk menunaikan umrah pada Disember ini.

Sajat yang pada mulanya terkejut dengan dakwaan itu mengambil pendirian untuk kekal tenang dan pada masa sama menafikan khabar angin berkenaan. 

“Buktikan mahkamah mana saya pergi? Kenapa saya nak pergi umrah sampai nak dapatkan perintah mahkamah? Macam saya ni penjenayah pula. 


“Saya pergi umrah bukan kerana orang lain tetapi kerana Allah. Bagi saya (dakwaan itu) mengarut dan berbaur fitnah. Sepatutnya mereka mendoakan yang baik-baik, bukan mempersoalkannya,” katanya.

Sajat menjelaskan beliau turut memaklumkan kepada Jabatan Insolvensi mengenai hasrat untuk membawa keluarga menunaikan umrah bagi memastikan proses di mahkamah dapat diselesaikan segera.

Mengenai kekeliruan segelintir netizen berhubung status jantinanya, Sajat menegaskan bahawa perkara tersebut tidak seharusnya dibangkitkan.

“Kenapa masih keliru? Yang pergi sana tu adalah saya. Bukan nak buktikan saya wanita tetapi nak pergi umrah kerana Allah.

“Saya tak ada pun nak pergi mahkamah untuk urusan tukar jantina saya. Saya pun tak tahu kenapa mereka cerita hal peribadi sampai macam tu sekali,” katanya. 

Aturcara umrah di muat naik di Instagram milik Sajat.

Bagi Sajat, beliau tidak mengambil peduli tanggapan netizen kerana niatnya mahu menunaikan nazar dengan membawa keluarga ke Tanah Suci.

“Orang nak ‘judge’ saya macam-macam, saya tak ambil peduli kerana saya tahu nak pergi sana untuk jumpa Pencipta saya. 

“Tak kisahlah mereka nak menafikan ke mengata ke pasal diri saya, itu hak mereka. Bagi saya, itu antara diri saya dengan Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Sajat berasa teruja dan berharap diberikan ketenangan untuk membawa keluarga menunaikan umrah. 


“Saya sebelum ni dah bernazar untuk bawa keluarga terutama ibu bapa saya apabila perniagaan saya sudah sampai ke satu tahap seperti sekarang,” katanya.

Sajat sebelum ini memuat naik gambar pakej umrah di akaun Instagramnya dan memberitahu beliau sekeluarga bakal ke Tanah Suci pada Disember ini.

Ia disusuli gambar yang menunjukkan sebahagian atucara semasa umrah yang turut dimuat naik di samping berharap segala urusannya dipermudahkan. -Pen Merah Press



1 comment

Shaiful said...

*menunaikan ibadah

Powered by Blogger.