Header Ads

'Saya Minta Maaf'-Isu Gurauan ‘Datuk’, Zizan Razak Mohon Maaf Kepada Hans Isaac..


Kuala Lumpur: Pelawak dan pelakon Zizan Razak memohon maaf kepada Datuk Hans Isaac dan Datuk Eizlan Yusof serta institusi istana di atas keterlanjuran kata-katanya ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia 29 (FFM29) malam kelmarin.

Zizan berkata, dia sekadar bergurau dan tidak berniat mengguris hati mana-mana pihak khususnya Hans dan Eizlan.


Dakwa Hans, Zizan ada menghubunginya beberapa kali selepas malam anugerah itu namun Hans enggan menjawab panggilan tersebut. Menurusi laporan Harian Metro, Zizan akhirnya memohon maaf.

Akui kesilapan


Saya mohon maaf atas segala keterlanjuran yang berlaku sepanjang FFM 29. Tidak pernah terlintas di hati untuk mengaibkan atau memperlekehkan mana-mana pihak.

Saya sekadar bergurau selain mahu menghiburkan penonton serta tetamu yang hadir.Pada mulanya saya fikir apa yang disampaikan itu tidak terlalu kasar dan keterlaluan. Tak sangka pula jadi sebesar ini.

Saya akui kesilapan ini dan dengan rendah hati memohon maaf. Perkara ini menjadi pengajaran buat saya dan akan lebih berhati-hati pada masa hadapan.



Zizan berkata, dia tidak menyangka gurauannya itu menjadi isu besar sehingga ada segelintir pihak berasa kurang senang dan menempelaknya.

Terdahulu Hans berasa kesal dengan gurauan Zizan yang dianggap keterlaluan hingga menjejaskan imej dan namanya.Dalam anugerah itu, Zizan mengusik gelaran Datuk diperoleh pelakon berkenaan dibeli.


Hans menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada tahun lalu.Selain Hans, Eizlan turut terkena gurauan serupa

Update:

Susulan gurauan pelakon/pelawak, Zizan Razak, di pentas Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) semalam mengenai gelaran Datuk yang diperolehi pelakon lelaki, Datuk Hans Isaac telah tampil memaafkan Zizan.

Melalui Instagramnya sebentar tadi, Hans memaklumkan Zizan telah menghubunginya dan meminta maaf di atas gurauannya itu.

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on 
"Apa yang telah berlaku dengan Zizan di FFM dan apa yang Zizan telah kata di atas pentas mengenai joke itu, Zizan dah call saya dan kita dah bincang. Dia dah minta maaf dan saya pun dah maafkan dia. Dua-dua semua dah okay.

"So kepada followers dan juga peminat, terima kasih di atas kata-kata (sokongan) anda, saya rasa kita patut hormati antara satu sama lain. Inilah adat kita, adat Malaysia.

"Ada kata-kata yang agak kasar dalam Instagram saya ini di antara peminat saya dan juga Zizan, hormatilah antara satu sama lain. Jangan menggunakan kata-kata yang agak kasar.

"So case closed guys dan saya harap benda ini dah cukuplah dan tak payah bincang lagi."
katanya.-Penmerahpress




Sumber : Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.