Header Ads

Pelajar Tingkatan 1 Hentak Kepala Guru Dengan Batu Ketika Guru Sedang Solat, Bimbang Kantoi Mencuri Wang..


LAHAD DATU – Seorang guru wanita sekolah rendah menerima 17 jahitan di kepala selepas dihentak dengan batu oleh pelajar berusia 13 tahun yang cuba curi wang miliknya, di sini, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 1.50 tengah hari, guru terbabit dikatakan sedang menunaikan solat Zohor di salah sebuah surau sekolah rendah di daerah ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata suspek berjaya ditahan oleh beberapa guru dan pengawal keselamatan yang menyedari akan kejadian tersebut selepas terdengar jeritan daripada mangsa.


“Ketika tahiyat akhir, suspek menghentak kepala mangsa dengan batu kemungkinan bimbang cubaannya untuk mencuri disedari guru terbabit.

“Terkejut dengan kejadian itu, mangsa menjerit sebelum pengawal keselamatan dan guru lain menangkap suspek dan menyerahkannya kepada polis,” katanya dipetik BH Online.

Jelas Ramli lagi, siasatan polis mendapati pelajar tersebut ponteng sekolah pada hari berkenaan dan datang ke lokasi kejadian semata-mata untuk mencuri.


Suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 393 kerana cubaan rompak dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya. –Penmerahpress

No comments

Powered by Blogger.