Header Ads

Pak Jabit Pelakon Hantu Kak Limah Meninggal Dunia Pagi Tadi..


BERITA sedih bagi peminat filem komedi, pelakon veteran yang dikenali sebagai Pak Jabit meninggal dunia di Lanchang, Pahang kira-kira pukul 7.10 pagi Khamis.


Berita kematian itu dimaklumkan anaknya menerusi laman sosial Facebook. 

Allahyarham yang turut dikenali sebagai Ngah Kadir dipercayai meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah pusat kesihatan di Lanchang. 

Beliau terkenal dalam beberapa filem komedi kebanyakannya arahan Mamat Khalid iaitu Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. 


Nama Pak Jabit itu adalah salah satu wataknya dalam Zombi Kampung Pisang yang ditayangkan di pawagam pada 2007. 


Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Rantau Panjang, Lanchang selepas solat Zohor pada Khamis.


Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

No comments

Powered by Blogger.